EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Koleksi Tabs Sneakers Serlah Aura Bintang K-pop Ternama Dalam TODS In Our Shoes-Seoul

0 month ago, 08-Jun-2021

Tods baru-baru ini memperkenalkan projek khas In Our Shoes Seoul second chapter yang pertama kalinya dilancarkan di kota New York pada musim luruh yang lalu. Ia turut memaparkan satu video baharu yang difilemkan di Seoul yang menampilkan koleksi Tabs Sneakers khusus untuk wanita dan lelaki.

IKLAN

Istimewanya, video ini dibintangi oleh penyanyi K-pop Korea Selatan, Joy. Tidak ketinggalan ialah pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan gadis popular iaitu Red Velvet. Bintang utama turut disertai oleh YoungDeuk Kwon dan Hyunlk Lee, penari lelaki profesional yang mencetuskan tenaga luar biasa.


Video outdoor tersebut memperlihatkan pemandangan bandar yang unik serta latar langitnya yang mempesona. Apatah lagi bila dikombinasikan dengan Joy serta 2 penari memberikan aura segar. Tarian menjadi suara terkuat manakala para pelakonnya memberi getaran positif yang padu menerusi bahasa visual ini.

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

IKLAN

Lincah menari, di kaki mereka tersarungnya Tods Tabs Sneakers yang menyerlahkan reka bentuk moden, sofistikated serta canggih. Berkonsepkan gaya sukan, Tods Tabs Sneakers ini direka khas oleh Pengarah Kreatif, Walter Chiapponi. Karakternya dicirikan oleh iconic Gommino pebbles.



SUMBER : nona.my



Live Website Traffic


loading...