EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kolam jimat RM47,000

0 month ago, 07-Nov-2019

SAYA memang sudah pasang niat untuk bina kolam di sebelah rumah sejak dua tahun lalu.

Cuma tidak mampu berikutan ia memerlukan kos RM50,000, jadi saya buat kolam sendiri, kata jurumekap artis, Hezline Atherra Mohd Zulkifli, 26, ketika dihubungi, semalam.

Hezline Atherra berkata, dia membina kolam berkenaan sempena ulang tahun kelahirannya pada pertengahan bulan lalu untuk dihadiahkan kepada dua anaknya.

Menurutnya, dia membina kolam itu sebagai tanda kasih sayang terhadap anaknya, Mohammad Darryl Abrar Mohd Uzair Hakimi, 3, dan Mohammad Daiyyan Abrar, 1.

Pada mulanya apabila saya menyatakan hasrat untuk bina kolam berkenaan, ramai orang kata ia adalah suatu perkara yang mustahil termasuk suami dan adik-adik saya.

Namun, mereka turut membantu saya apabila melihat kesungguhan saya untuk korek tanah sehingga lima kaki dalam di sebelah rumah, katanya yang menetap di Kemaman, Terengganu.

Hezline Atherra yang mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun berkata, dia mengambil masa lebih sebulan menyiapkan seluruh kolam itu.

Daripada lakaran, korek, ikat batu dan saliran paip semua buat sendiri dan dibantu adik-adik dan juga suami dengan kos membabitkan kira-kira RM3,000.

Memang penat sebab semua kerja membina kolam itu saya akan buat selepas pulang daripada bekerja, katanya.

Namun, usaha itu berbaloi apabila melihat keseronokan dan gelak tawa anak-anak yang dapat mandi dalam kolam berkenaan, katanya.

Menurutnya, walaupun kolam itu agak kecil, ia cukup untuk memuatkan dia sekeluarga.

Kami juga membina sebuah gazebo sendiri dengan kos RM2,000 supaya senang untuk membuat majlis perjumpaan keluarga nanti, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...