EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kokain dalam kapal selam

0 month ago, 25-Nov-2019

MADRID: Polis di Sepanyol berjaya merampas sebuah kapal selam yang sarat dengan kokain di luar pesisir wilayah Galicia, yang tiba dari Amerika Selatan, kata pihak berkuasa, hari ini.

Menurut jurucakap polis, dua orang ditahan dalam operasi di pantai Cangas, semalam berhampiran sempadan Portugal.

Kapal selam itu mungkin mengangkut beberapa tan kokain tetapi ia hanya anggaran, kata sumber siasatan.

Media Sepanyol berkata, kapal selam itu membawa lebih 3 tan kokain dari Colombia.

Menurut sumber siasatan, kapal selam itu kira-kira 20 meter panjang, tanpa mendedahkan dari mana ia berlepas.

Pengedar dadah terutamanya dari Colombia, ditangkap menggunakan kapal selam untuk mengangkut kokain ke Mexico dan dari Mexico ke Amerika Syarikat.

Pada September lalu, Pengawal Pantai Amerika Syarikat dengan bantuan tentera laut Colombia, memintas kapal selam yang membawa lebih 5 tan kokain di luar pesisir Amerika Selatan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...