EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kluster PUI Sivagangga Melibatkan 2 Murid Sekolah

0 month ago, 02-Aug-2020


Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, terdapat penambahan 11 kes baru menjadikan keseluruhan 22 kes dikesan positif COVID-19. 

Sebanyak 313 orang telah disaring, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Walau bagaimanapun, tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan. 

Daripada kes positif yang dilaporkan hari, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima (5) kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Menurut KKM, daripada 11 kes baru hari ini, 8 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke8975. Kes-8975 merupakan kes generasi pertama.

Manakala 3 kes lagi merupakan kontak rapat kepada kes positif Kes-8976, yang juga merupakan kes generasi pertama. 

Terdapat 4 kanak-kanak turut dikesan, 2 daripada yang merupakan murid sekolah berusia 7 dan 10 tahun. 

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan. 

Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan COVID-19. 

Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang
dikesan positif.

SUMBER : 1media.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...