EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Satu kluster baharu dikesan di dabah, kes indeks kluster PATI dari Filipina

0 month ago, 12-Sep-2020

Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster iaitu kes ke-9,859 merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri.

Katanya dalam satu kenyataan, hari ini, isteri kes, iaitu kes ke-9,860 pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Difahamkan, kes didapati mula bergejala pada 6 September berikutnya.

Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection)dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862).

Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Dan daripada jumlah tersebut, empat (4) kes dikesan positif COVID-19, 14 individu negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan, tambah kenyataan itu lagi.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

: KP Kesihatan


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...