EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

60 Kluster Aidilfitri, Hari Gawai Telah Dikesan Cetus 3,511 Kes Positif COVID-19

0 month ago, 11-Jun-2021

Sejak tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan untuk menghentikan aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri ketika tahap pandemik negara masih lagi serius.

Namun saranan tersebut masih diambil mudah oleh segelintir kumpulan dan ini membawa kepada pengesanan 60 kluster membabitkan perayaan Aidilfitri serta Hari Gawai, untuk tempoh 13 Mei sehingga 10 Jun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham jumlah itu meliputi Aidilfitri (58 kluster) dan Hari Gawai (2 kluster). Situasi ketika ini diklasifikasikan sebagai serius, berikutan tempoh penularan yang singkat itu.

Berdasarkan jumlah kluster yang dikesan seramai 3,511 kes positif telah direkodkan dari 13,023 individu pula telah jalani ujian saringan.

Sementara itu 3 negeri mencatatkan rekod kluster perayaan tertinggi iaitu Sabah (11 kluster), Sarawak (8 kluster) dan Kedah (7 kluster).

Mengulas lanjut isu ini, orang awam perlu mengambil iktibar dan terus melaksanakan peranan dalam memerangi pandemik COVID-19.

Sikap tidak bertanggungjawab akan memberi kesan kepada kelompok yang berisiko khususnya warga emas, dan kanak-kanak yang terdedah akan penularan ini.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...