EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kisah sedih penghantar makanan ini pasti membuatkan anda ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sentiasa berjasa tatkala hujan mahupun panas

0 month ago, 17-Sep-2020

Pada zaman ini, kestabilan ekonomi negara masih berada pada kedudukan yang tidak begitu meyakinkan terutamanya ketika seluruh dunia masih lagi berhadapan dengan serangan pandemik yang belum menemui penghujungnya. Ada rakyat yang terpaksa bekerja lebih masa dan melakukan lebih daripada satu jenis pekerjaan semata-mata untuk mencari sesuap nasi.

Antara sektor pekerjaan yang menjadi pilihan ramai pada waktu ini adalah dengan menjadi pekerja perkhidmatan penghantaran makanan. Tambahan pula dengan kemajuan teknologi dan gaya hidup masyarakat zaman kini, memesan makanan secara atas talian telah menunjukkan peningkatan trend bukan sahaja di bandar tetapi juga luar bandar.

Namun, terdapat segelintir pelanggan yang tidak prihatin telah bertindak membatalkan pesanan yang dibuat, memarahi pekerja atau tidak mengangkat panggilan telefon kerana marah akibat menunggu terlalu lama dan hal ini akan memberi kesan buruk kepada para pekerja ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh OHBULAN!, sekiranya pekerja penghantaran makanan ini menerima rungutan daripada pelanggan, mereka akan berhadapan dengan tindakan oleh pihak syarikat. Justeru, demi menjamin kepuasan hati pelanggan dan memastikan makanan yang dipesan sampai dengan cepat, pekerja-pekerja ini terpaksa menunggang motosikal mereka secara laju dan berbahaya meskipun terpaksa berhujan dan berpanas.

Mungkin disebabkan ini jugalah, kita sering melihat berita-berita tentang kemalangan pekerja penghantaran makanan di media sosial mahupun di kaca televisyen. Sebagai contoh, gambar dibawah menunjukkan kejadian kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan yang jatuh tersungkur di atas jalan raya kerana jalan yang licin.

Apa yang menjadikan kisah ini begitu menyentuh hati adalah sebaik sahaja orang awam membantu individu tersebut untuk bangun dan mengangkat motosikalnya, perkara pertama yang dicari oleh pekerja berkenaan adalah pesanan makanan pelanggan yang perlu dihantar olehnya. Penghantar makanan ini begitu mementingkan pelanggannya dan ingin memastikan makanan yang dipesan masih berada dalam keadaan baik dan tidak tertumpah. Dia kemudian terus mendapatkan telefon bimbitnya yang terpelanting jauh akibat kejadian tersebut.

Lihatlah betapa tingginya pengorbanan seorang penghantar makanan. Sanggup mengetepikan kesakitan dan keadaan barangan peribadi sendiri demi memastikan pelanggannya menerima pesanan makanan dalam keadaan baik. Jika situasi ini berlaku kepada diri anda, apakah yang anda patut lakukan?

A) Memarahi penghantar makanan kerana lambat dan bekas makanan berada dalam keadaan yang tidak kemas atau...

B) Bertanya keadaan penghantar makanan dan berterima kasih kepadanya kerana memberikan perkhidmatan terbaik meskipun ketika hujan lebat

Sekiranya anda memilih B, ternyata anda adalah seorang yang baik hati dan prihatin. Pastinya segala kesakitan yang dialami oleh penghantar makanan tadi hilang setelah menerima kata-kata pujian daripada pelanggan yang diutamakan. Hal ini kerana dalam hidup ini, kita perlulah sentiasa berbaik sesama manusia mahupun binatang yang diciptakan Tuhan demi keharmonian abadi.

Kisah sedih penghantar makanan ini pasti membuatkan anda ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sentiasa berjasa tatkala hujan mahupun panas Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...