www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kisah mesyuarat PIBG, ucapan orang buta ini buat hadirin terpaku!

0 month ago, 15-Mar-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebuah sekolah jemput bapa seorang pelajar (seorang OKU yang tidak dapat melihat) di sekolah itu untuk memberikan ucapan pembukaan mesyuarat agung PIBG.

Pelajar perempuan yang comel itu membuka majlis dengan membaca al-Quran. Ucapan bapanya di atas pentas dirakam seperti berikut:

Assalamualaikum. Terima kasih pengerusi majlis. Terima kasih pihak PIBG kerana menjemput saya, orang buta, memberi ucapan.

Tuan-tuan,

Saya rasa ramai orang di dalam dewan, namun saya tidak dapat melihat kalian. Tadi anak saya membaca al-Quran. Orang cakap anak saya cantik, namun saya tidak dapat melihatnya. Malah saya tidak tahu apa itu kecantikan.

Hari ini saya memakai baju baru, isteri kata saya nampak hensem. Namun saya tidak dapat melihatnya. Malah tidak tahu apa itu kehemseman. (Beliau berhenti seketika, tersenyum)

Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya ingin sekali melihat. Ingin melihat wajah anak-anak, orang kata anak-anak semasa kecil comel.

Saya ingin sekali melihat. Ingin membantu anak-anak ketika belajar di rumah. Namun saya tidak mampu melihat buku mereka. Tidak mampu pun melihat mereka belajar.

Tuan-tuan boleh melihat, bantulah anak-anak belajar dengan penglihatan tuan-tuan. Periksalah beg mereka. Buku nota mereka. Tulisan mereka.

Saya tidak boleh melihat, tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya boleh berada di samping mereka. Biar anak-anak melihat, biar ayah buta, tetapi ayah ada. Ya, saya ada menemani mereka.

(Gambar sekadar hiasan)

(Saat ini semua dewan senyap sunyi…. ibubapa terpaku memandang kepadanya)

Guru-guru ada peranan mereka. Ibubapa yang boleh melihat juga ada peranan mereka. Jangan menjadi ibubapa yang ada mata tetapi tiada di mata anak-anak mereka.

Saya tidak mampu melihat. Tetapi saya pastikan anak-anak tetap ke sekolah. Kerana tanpa ilmu manusia yang ada mata itu buta. Ilmu membuatkan manusia mampu melihat.

Saya tidak mahu anak-anak saya ada mata, mampu melihat, tetapi hidup ibarat orang buta. Saya juga tidak mahu mereka hidup seperti saya, orang buta.

Saya tidak ada motor dan kereta. Tuan-tuan ada. Hantarlah anak-anak ke sekolah. Hantarlah ke kelas tambahan di sekolah. Jangan biar mereka buta seperti saya.

Saya pesan kepada anak-anak. Hormati guru-guru kamu. Kerana mereka yang mengajar kamu ilmu. Tanpa mereka kamu buta dan bisu!

(Gambar sekadar hiasan)

Tuan-tuan.
Saya tidak mampu melihat. Tidak mampu memberi tunduk hormat. Kepada guru-guru yang lawa dan smart. Hanya mampu memanjat doa sebagai tanda hormat. Buat guru-guru yang didik anak-anak saya dengan lelah dan penat.

Tuan-tuan ada mata, boleh melihat. Apakah cukup tanda tuan-tuan hormat? Hormat dengan lisan, percakapan. Hormat dengan perbuatan. Hormat dengan contoh kepada anak. Kalau anda tidak hormat cikgu, anak-anak juga tidak hormat cikgu.

Kalau dalam mesyuarat PIBG nanti kalian tidak hormat guru dengan percakapan dan perbuatan kalian, bagaimanakah anak-anak akan hormat guru mereka dan kalian?

Anak-anak tidak ikut kata-kata kalian, tetapi ikut contoh perbuatan kalian. Mereka bukan seperti saya. Mereka bukan buta. Hanya mendengar lisan. Tidak melihat contoh kalian.

Tuan-tuan,
Cukuplah ini sekadar ucapan. Orang buta yang tuan-tuan mungkin tidak pernah hairan. Terima kasih sekali lagi menjemput berdiri di hadapan kalian. Ingin saya melihat anda di dewan namun tidak kesampaian.

Orang kata hari ini langit cerah, biru cantik indah di awan. Namun saya tidak mampu melihat menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Sekian. Salah silap terkasar bahasa harap maafkan.

Untuk diri saya & kita semua.

Copy & paste…
Terima kasih sahabat yang sudi membaca.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts