www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kisah kehancuran Kaum Nabi Luth dan iktibarnya

0 month ago, 17-Mar-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Pada artikel kali ini, dikongsikan kisah Kaum Nabi Lut A.S. dan iktibar yang dapat diambil oleh kita yang hidup di akhir zaman ini.

Nabi Luth AS dan Kaumnya

Nabi Luth AS merupakan putera dari Haran bin Tarah. Beliau adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim AS. Dengan demikian, Ibrahim dan Haran adalah bersaudara. Nabi Luth beriman dan mengikuti ajaran yang dibawa oleh bapa saudaranya Ibrahim. Berkenaan perkara ini, Allah SWT berfirman:

??????? ???? ????? ? ??????? ?????? ????????? ?????? ?????? ? ??????? ???? ?????????? ??????????

MaksudnyaSetelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: “Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.Surah al-Ankabut (26)

Beliau beriman kepada Nabi Ibrahim AS dan mendapat petunjuk melalui perantaranya, lalu Allah SWT mengutusnya untuk berdakwah kepada penduduk Sadum yang pada saat itu merupakan sebuah kampung di Jordan.

Para pakar sejarah menyebut bahawa kaum Nabi Luth AS adalah kaum besar yang hidup pada zaman Nabi Ibrahim AS. Mereka menetap di sebuah kampung yang bernama Sadum. Ia merupakan kampung terbesar daripada penempatan kaum Nabi Luth berbanding empat kampung yang lain iaitu Shan’a, Shu’ud, Atsrah, dan Duma.

Maksiat Kaum Nabi Luth AS

Antara maksiat yang mereka lakukan ialah perbuatan syirik kepada Allah SWT serta mereka disebut sebagai pelaku pertama perlakuan homoseksual di kalangan lelaki mahupun wanita. Ini sepertimana disebut oleh Imam al-Qurtubi yang menukilkan riwayat daripada Ibn Abbas R.A berkenaan maksiat-maksiat yang mereka lakukan.

Mereka juga adalah kaum yang banyak melakukan perbuatan keji, menyamun orang-orang yang dalam perjalanan ke kampung mereka serta mempermain-mainkan mereka.

Allah SWT menjadikan kisah binasanya kaum Luth akibat perbuatan keji mereka sebagai pengajaran bagi seluruh manusia. Allah SWT menyebutkan kisah mereka dalam beberapa tempat dalam al-Qur’an. Selain dalam Surah al-Ankabut di atas, Allah SWT berfirman dalam surat al-A’raf:

MaksudnyaDan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al-A’raf (80-84)

Perbuatan kaum Luth yang suka sesama jenis, lelaki dengan lelaki adalah tingkah laku yang menyeleweng, perbuatan yang keji dan kotor, melampaui batas, bercanggah dengan adab dan kebiasaan serta bertentangan dengan akal yang sihat. Hanya jiwa yang tidak normal dan sakit yang melakukan perkara tersebut.

Disebabkan tingkah laku mereka yang menyeleweng, kedudukan dan maruah mereka jatuh serendah-rendahnya, lebih rendah daripada haiwan. Haiwan jantan mendatangi haiwan betina tidak hanya untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja tetapi juga untuk menjaga keturunannya, manakala manusia yang suka sesama jenis hanya untuk memenuhi nafsu mereka semata-mata.

Pengakhiran Kaum Nabi Luth AS

Nabi Luth AS keluar dari kampungnya bersama keluarganya iaitu kedua anak perempuannya, dan tidak ada seorang pun yang mengikutinya. Ketika matahari menyingsing maka azab pun menimpa kaumnya. Allah SWT berfirman:

MaksudnyaMaka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.Surah Hud (82-83)

Jibril memporak-porandakan tempat tinggal mereka yang berjumlah tujuh kota- dengan hujung sayapnya. Mereka menyebut bahawa jumlah mereka adalah empat ratus orang. Ada yang mengatakan jumlah mereka empat ribu orang ditambah dengan haiwan-haiwan. Tempat-tempat dan daerah-daerah di sekitar itu juga diporak-porandakan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

???? ????????????? ???????? ?????? ?????? ?????? ??????????? ?????????? ?????????????? ????

MaksudnyaJika kamu dapati seseorang melakukan amalan kaum Lut, bunuhlah pelaku dan orang yang dilakukan perlakuan itu.

Riwayat Abu Daud (4462), Ibnu Majah 
(2561) dan al-Tirmizi (1456)

Pengajaran kepada umat akhir zaman

Imam al-Khattabi dalam Maalim al-Sunan mengatakan bahawa perbuatan kaum Nabi Lut ini dihukum dengan sedemikian berat kerana seolah-olah para fuqaha merujuk kepada maksud di sebalik seksaan dan azab Allah SWT yang telah menghujani batu ke atas kaum Lut sehingga mereka terbunuh semuanya.

Sesungguhnya al-Qur’an menceritakan para nabi-nabi dan umat terdahulu, supaya manusia dapat meneladani akhlak mereka dan bukan sekadar cerita yang diceritakan, bahkan agar si pembaca dan si pendengar dapat mengambil pengajaran, seolah-olah ia memberitahu manusia bahawa dahulu Allah SWT telah memberi balasan kepada orang-orang yang ingkar kerana keingkaran mereka.

Semoga ia dapat memberi satu kefahaman dan kesedaran kepada kita, betapa ancaman dan amaran Allah SWT amat keras terhadap mereka yang mewarisi perjuangan Kaum Nabi Luth yang menentang perjuangan Baginda, seperti yang dirakamkan dengan jelas di beberapa tempat dalam al-Quran.
-MuftiWP-




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts