EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kisah Disebalik Kucing Hitam Betul Ke Bawa Malang?

0 month ago, 08-Jun-2021

Bila bercakap tentang haiwan peliharaan, mesti korang akan terfikir tentang kucing dulu, dan memang tidak dapat dinafikan yang kucing merupakan haiwan yang sangat seronok untuk dijaga dan mampu menjadi peneman yang baik. Ada yang kalau duduk berseorangan, ada seekor kucing pun dah selesai masalah lonely tu, hehe. 

Tetapi, bila bercakap tentang kucing hitam, mesti ramai yang akan kaitkan kucing hitam dengan perkara malang, dan pembawa nasib buruk. Siap ada kepercayaan yang kalau kucing hitam lintas depan kita, kemungkinan pada hari yang sama kita akan ditimpa nasib malang. Hm, betul ke? 

SEJARAH KUCING HITAM

Mengikut sejarah, kucing adalah haiwan yang sangat disayangi, dan orang Islam pun tahu yang kucing sebenarnya haiwan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Mesir, setiap rumah dipercayai mempunyai kucing peliharaan, sekurang-kurangnya seekor. Selain comel, kucing pun boleh jaga tanaman korang daripada gangguan tikus, dan haiwan perosak yang lain tau! 

Tetapi pada waktu itu, kucing hitam dikaitkan dengan keistimewaan yang lain berbanding kucing berwarna biasa. Kucing hitam dikaitkan dengan Dewi Bastet yang dipercayai dijaga oleh kucing hitam. Cerita lagenda turut mengatakan yang Dewi Baste menjelma semula sebagai wanita berkepala kucing hitam selepas kematiannya, yang membuat penduduk zaman tersebut menyembah Dewi berkepala kucing hitam tersebut. 

Kalau dekat India pula, kucing hitam dikaitkan dengan Dewa Shani Bhagwan yang mampu meramal nasib malang. Jadi, setiap kali kucing melintasi dihadapan mereka, perkara malang bakal berlaku. Sampai ada yang takut nak jalan depan dalam kumpulan sebab tak nak kucing hitam lintas depan dia. 

Selain itu, kucing hitam juga selalu dikaitkan dengan ahli sihir pada zaman dulu. Banyak kisah lagenda yang menceritakan tentang kucing hitam yang selalu berlegar di kawasan rumah ahli sihir, yang menjadi antara sebab ramai gerun akan kucing hitam. 

SISI BERBEZA KUCING HITAM

Berbeza dengan kisah-kisah diatas, kucing hitam sebenaranya digemari pelayar abad ke-8 kerana dikatakan hebat dalam memburu tikus, dan juga pandai meramal cuaca, yang memberi banyak tuah kepada pelayar pada masa itu. Di Jepun pula, kucing hitam dikatakan akan memudahkan urusan mencari jodoh, dan di Chile, seorang pemburu harta karun yang membela kucing hitam berkata kucing tersebut sebenarnya membawa tuah kepadanya. 

Jadi, semua benda yang buat korang percaya kucing hitam bawa malang ni adalah tahyul semata-mata, dan tak elok untuk kita percaya, dan sangat kesian pada kucing hitam yang sering didiskriminasi.



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...