EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Zizi Kirana Dedah Dapat Mesej Ajak Buat Maksiat Daripada Budak Bawah Umur

0 month ago, 26-Jun-2020

Terkenal dengan imej seksi, Zizi Kirana yang sudah menjangkau usia 35 tahun langsung tidak dapat lari daripada usikan nakal peminatnya.

Kalau sekadar mengusik tidak apa, tetapi kebanyakan mesej yang diterima oleh wanita ini berbaur lucah, meskipun sudah diberi amaran tetapi masing-masing buat tidak endah sahaja.

zizi kirana

Lebih mengejutkan apabila Zizi mendedahkan baru-baru ini dia menerima mesej tidak elok daripada kanak-kanak bawah umur. Bahkan budak itu tidak segan untuk mengajaknya melakukan hubungan terlarang.

Terkesan dengan tindakan tidak sensitif kanak-kanak tersebut, namun penyanyi ini tidak melatah malah memberikan nasihat supaya memberikan fokus kepada pelajaran sahaja.

“Tiada guna marah-marah, kena cari pendekatan lain untuk menasihat budak bawah umur.”

Tidak cukup dengan itu, Zizi berterusan menerima kata kejian daripada netizen apabila dia mengambil keputusan untuk hanya berhijab sepanjang bulan Ramadan lepas. Apabila kembali kepada imej seksinya, ramai meluahkan rasa tidak puas hati.

zizi kirana

Bagi mengelakkan kekeliruan, wanita tersebut menjelaskan bahawa imej berhijab itu bukanlah kekal namun hanya dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada bulan yang mulia itu. Bahkan ini bukanlah kali pertama dia mengenakan hijab pada bulan Ramadan.

Wanita itu melahirkan rasa pelik kenapa netizen perlu membesarkan hal ini walhal dia sudah menjelaskan mengenainya sejak daripada awal lagi. Selain itu, Zizi meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya.

“Memanglah teguran dibuat sebagai tanda sayang, tetapi jika sampai tahap guna perkataan kesat dan menyakitkan hati, itu memang saya tak boleh terima.”

zizi kirana

Walaupun ramai mengatakan bahawa pakaian yang dikenakannya adalah seksi tetapi tidak bagi Zizi. Bagi penyanyi itu, penampilannya biasa sahaja malahan mengatakan bahawa semua orang tahu bahawa dia selesa berpakaian sedemikian.

Malahan Zizi meminta agar netizen tidak cepat menghukum dirinya hanya berdasarkan pakaian yang digayakannya. Katanya lagi, setiap orang pasti ada sisi baik dalam kehidupannya.

: BH Online


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...