EdisiViral.Com Search Guest Post Login

KAMI Kilang Lahir Aktivis Media

0 month ago, 11-Jul-2019

Oleh : DMS

KUALA NERUS Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) adalah kilang melahirkan aktivis media disamping terus menjadi nadi utama sebaran maklumat untuk Parti Islam SeMalaysia (PAS) khususnya di Terengganu.

Menurut pengerusi KAMI, Naraza Muda matlamat penubuhan pada 2011 telah menampakkan hasilnya apabila rakyat memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir negeri selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lalu.

Kebanyakkan aktivis KAMI sudahpun berada dalam kerajaan khususnya di dalam bidang media.

KAMI membongkar kelemahan kerajaan terdahulu melalui edisi terjah, menyelusuri seluruh pelusuk negeri bagi memberikan berita sebenar kepada rakyat akan salah urus tadbir kerajaan terdahulu. ujarnya ketika memberikan ucapan di Majlis Makan Malam Amal Media KAMI di NR Cafe, Tok Jembal, di sini pada 8 Julai.

Tegasnya lagi dua orang exco kerajaan negeri dan sebahagian aktivis KAMI kini sedang berkhidmat sebagai Pegawai Media di Urusetia Penerangan Negeri Terengganu (UPDI).

Menurut Naraza lagi, KAMI akan terus menjadi pemain utama khususnya dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui media dan akan mempertahankan kerajaan sedia ada melalui kepelbagaian kemahiran yang ada pada ahli KAMI.

Pada majlis itu, Nurul Rabiatul Hidayah Azlin dan Mohd Adli Mohamad telah dianugerah Aktivis Media Harapan, manakala Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim pula telah menerima Anugerah Aktivis Media Sepanjang Zaman dan Nazmi Ghazali pemilik NR Cafe dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Abdul Rahman bin Auf.

Anugerah anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di atas segala sumbangan mereka kepada KAMI.

Selain itu, KAMI juga turut melancarkan buku bertajuk Umat yang dilupakan berkisar nasib umat Islam di Yaman yang ditulis oleh salah seorang aktivis iaitu Solehudin Al Idrus.

Majlis makan malam amal itu turut diserikan dengan Pelancaran Countdown Umrah dan Ziarah serta Misi Korban dan Aqiqah KAMI di Kemboja pada tahun ini.

Kepada yang berminat untuk melakukan ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja boleh menghubungi ketua delegasi misi, Saudara Ahmad Faizol di talian 0199521837.




Live Website Traffic





www.edisiviral.com