EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Khuatir Diserang Gastrik Masa Puasa, Ini Yang Kamu Perlu Buat

0 month ago, 05-Apr-2021

Gastrik masa bulan ramadan cukup memeritkan, tapi itu bukan alasan untuk mengelak dari melaksanakan ibadah yang hanya berkunjung sebulan sekali dalam setahun!

Memandangkan bulan puasa semakin mendekati lagi seminggu lebih dari sekarang ada patutnya kamu bersedia dari sekarang, bukan apa takut kerap sangat sakit gastrik berkunjung dah terpaksa menahan pedih sehingga masuk waktu berbuka pula nanti.

Ini antara beberapa tips penting yang boleh kamu amalkan sepanjang bulan puasa nanti, bagi mengelakkan diri diserang sakit gastrik.

Amal Minuman Dan Makanan Tinggi Karbohidrat, Serat Dan Protein

Foto Pinterest

Bermula dari sekarang amalkan pengambilan sarapan yang tinggi dengan karbohidrat, serat dan protein supaya perut kamu tahan lapar lebih lama.

Dengan pengambilan seperti air susu, roti gandum, nasi, yogurt, coklat tenaga, oats, telur dan sebagainya di waktu pagi dapat membuatkan tubuh kamu menjadi kenyang dengan lebih lama.

Amalkan gaya pemakanan seperti ini sewaktu bersahur nanti, dapat mengelakkan diri kamu dari terkena sakit gastrik.

Elakkan Makanan Dan Minuman Ini Sewaktu Puasa

Foto Traveloka/Che Nom

Penting untuk kamu beri perhatian terhadap minuman dan makanan yang kamu bakal ambil menjelang puasa nanti, kerana salah makan atau minum boleh menyebabkan kamu merasa bahana gastrik sehari suntuk.

Oleh itu, elakkan dari memakan makanan berlemak, bergoreng, pedas, penuh rembah ratus, masam, makan buah-buahan masam dan elakkan dari meminum minuman berkafein dan bergas semasa sahur nanti.

IKLAN

Kuantiti Makanan Kena Jaga, Jangan Tinggi Macam Gunung

Foto Pinterest

Satu lagi yang orang ramai kerap buat tatkala bersahur adalah makan makanan banyak setinggi gunung, sepatutnya pada waktu pagi subuh seperti itu elakkan mengambil makanan yang banyak.

Sebaliknya makan makanan mengikut saiz hidangan yang biasa kamu ambil, tidak perlu menambah makanan berlebihan disebabkan risau akan jadi lapar semula pada siang hari nanti kerana mindset tersebut adalah salah.

Memaksa perut untuk menerima sejumlah kuantiti makanan yang banyak diwaktu sahur boleh menyebabkan perut kamu meragam di siang hari, dan masalah lain pula akan menyusul sama jadi elakkan mengambil makanan yang berlebihan.

Elakkan Merokok Dan Minum Air Masak Secukupnya

Foto Pinterest

Jika kamu seorang perokok, bermula dari hari ini kurangkan aktiviti menghisap rokok, kerana ia boleh mengundang mudarat pada diri serta ia juga menyebabkan sakit gastrik datang dengan kerap.

Selain itu, kamu semua Juga harus minum air masak secukupnya untuk melancarkan sistem pencernaan, mengelakkan sakit perut dan gastrik sepanjang melakukan amalan puasa nanti.

Ubat Gastrik Jangan Tinggal

Foto Shopee Malaysia

Akhir sekali adalah pengambilan ubat gastrik, selepas bersahur jangan lupa untuk makan ubat gastrik agar sakit perut dan pedih ulu hati yang dialami tidak berlaku semasa siang berpuasa nanti.

Diharap maklumat yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak tips untuk kamu tangani sakit gastrik sepanjang bulan ramadan nanti.

Selamat beramal?

Rujukan: 1, 2, 3,



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...