EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Khidmat cuci haiwan korban hanya 60 sen

0 month ago, 30-Jul-2020

Karachi: Selalunya pusat cuci kereta akan dipenuhi dengan kenderaan kotor yang mahu dibasuh, namun berlainan pula di sini, apabila ia dipenuhi dengan haiwan korban.

Sempena perayaan Aidiladha, pusat cuci kereta milik Sheikh Sagheer tidak dipenuhi kenderaan bertayar empat sebaliknya binatang berkaki empat.

Penduduk setempat membawa lembu, biri-biri dan kambing mereka untuk dibasuh sempena ibadah korban.

Sagheer berkata, perkhimatan mencuci haiwan sebelum perayaan Aidiladha itu mula dibuat beberapa tahun lalu selepas orang ramai melihat dia membersihkan haiwan miliknya.

LEMBU turut disabun seperti kenderaan. FOTO AFP
LEMBU turut disabun seperti kenderaan. FOTO AFP

Sebilangan besar haiwan berasal dari pasar besar di pinggiran Karachi, yang terkenal sebagai pasar ternak terbesar di Asia, yang dipenuhi dengan kambing, sapi, lembu dan unta.

Sagheer mengenakan caj sebanyak 100 rupee (sekitar 60 sen) untuk mencuci yang merangkumi rendaman, gosok, cuci dan bilas.

"Dalam dunia sedang mengalami pandemik Covid-19, kebersihan adalah penting.

"Di sebabkan itu saya memastikan haiwan dibersihkan dan disanitasi," katanya.

"Bayarannya adalah 100 rupee, tidak ada apa-apa," kata Mohammad Uzair, yang membawa seekor lembu untuk dicuci.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...