EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Khabib Jelaskan Kenapa Dia Tak Berminat Nak U-Turn Ke UFC

0 month ago, 21-Nov-2020

Sebelum ini Dana White menyatakan bahawa beliau yakin Khabib Nurmagomedov akan kembali semula ke UFC dan keluar daripada persaraannya.

Ini kerana menurut White, petarung itu pernah berimpian untuk mencetak rekod 30-0 dalam kariernya. Dana White menyatakan pasukan kejurulatihan Khabib juga masih percaya petarung itu akan kembali untuk sekali lagi sekurang kurangnya.

Ini kerana Khabib tak pernah menyatakan atau berbincang dengan mereka berkaitan perkara tentang persaraannya. Lalu mereka menyatakan bahawa kenyataan Khabib malam itu terlalu terbuai buai dengan emosi di atas apa yang telah menimpa dirinya dalam beberapa bulan ini.

Dana White memahami kenapa Khabib sangat emosi. Bermula daripada kehilangan ayahnya, Khabib juga menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius dalam persiapan beliau bertemu Gaethje.

Bercakap kepada Jon Anik di dalam Octagon selepas tamat pertarungannya dengan dengan Gaethje, dia dengan menangis menyatakan: Hari ini saya ingin mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya.

Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC datang menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari.

Dia [ibu] tidak mahu saya bertarung lagi tanpa ayah saya di sini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya dan jika saya akan menunaikan janji saya kepadanya.

Beberapa minggu lalu Khabib Nurmagomedov memuat naik gambarnya mengambil ujian doping yang sedang dilakukan oleh USADA (Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat).

Dia berkongsi saat dia menjalani ujian doping tersebut menerusi Instagramnya. Post itu telah menarik perhatian ramai pihak. Ini kerana sebelum ini Khabib telah memutuskan untuk mengundurkan diri setelah mengalahkan Justin Gaethje di UFC 254.

Ramai juga yang menyatakan Khabib kemungkinan baru sahaja mengikuti prosedur untuk kembali semula ke pertarungan.

Ini adalah kali ke-47 sejak 2015, saya menjalani ujian doping dengan USADA. Fikirkan nombor ini, tegas juara dengan rekod 29-0 dari Dagestan itu.

Ramai yang mengalu-alukan kepulangan semula petarung Rusia itu jika beliau berhasrat untuk kembali.

Ini kerana bagi mereka Nurmagomedov petarung MMA terbaik ketika ini, sama di dalam gelanggang dan apa yang dilakukannya di luar gelanggang.

Khabib memberikan banyak perubahan kepada MMA dari segi hormat menghormati. Dan nilai itu yang membuatkan ramai menyatakan mereka akan berbesar hati menerima kepulangan semula Nurmagomedov.

"This is my last fight."@TeamKhabib pays his respects following a dominant performance at #UFC254 pic.twitter.com/5HiUvJXBJC

UFC (@ufc) October 24, 2020

Namun terbaru, Chamatkar Sandhu memuat naik video di mana Nurmagomedov menyatakan dia tiada perancangan untuk meneruskan semula kariernya di Octagon.

Sentiasa ada khabar angin tentang kepulangan semula saya. Kerana Dana White dan promoter pertarungan yang akan menggantikan dia selepas ini, sentiasa mahukan saya bertarung.

Ini semua kerana wang besar dari tontonan dan penyiaran. Jadi, saya yakin mereka akan terus cuba mendapatkan saya.

Selepas kamu menamatkan satu pertarungan, peminat akan mulai tak sabar untuk melihat pertarungan kamu yang seterusnya.

Mereka sentiasa mahu show ini diteruskan. Tapi saya tak ada perancangan untuk bertarung semula.

Bayangkan saya bertarung untuk sekali lagi, pasti ada lawan lain untuk saya yang ada 7-8 rentetan kemenangan.

Penggusti lain yang ada skil hebat. Mereka sangat bagus dalam menaikkan wira, membina nama bintang besar. Ianya satu cerita yang tidak ada kesudahannya.

Dah tentulah, kalau boleh saya nak bertarung sehingga berusia 40 tahun, atau 45 tahun macam Fedor.

Namun ianya kena ada tujuan, ada matlamat. Dan matlamat saya adalah untuk berada di puncak, saya telah berjaya melakukannya. Jad saya tak nampak ada minat yang kompetitif dalam diri saya untuk kekal dalam permainan ini.

Siapa lagi di sana yang akan bertarung dengan saya.? Dan jika ada pun seorang lawan [yang sesuai], misi saya sudah pun terlaksana.

Ya, saya berada di prestasi kemuncak dan masih ada banyak wang yang saya boleh raih. Sayangnya, matlamat saya berbeza.

Dan bercakap soal wang, sejak dari sekarang, kita akan cari wang di tempat lain.

Khabib Nurmagomedov: "I have no plans to continue fighting." ???? (via @RTSportNews)pic.twitter.com/NWTR7qTmIi

Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) November 20, 2020

Kenyataan Khabib itu menamatkan spekulasi yang berlegar. Dan petarung itu tidak akan melakukan pusingan u seperti mana seterunya Conor McGregor yang rasmi membuat pusingan u.

Ini selepas McGregor sudah diumumkan bakal bertarung dengan Dustin Poirier dalam aksi UFC257 pada Januari 2021.

Breaking: Both Conor McGregor and Dustin Poirier have signed their bout agreements to fight at UFC 257 on Jan. 23.

News of McGregor's signing was first reported by The Mac Life and confirmed by @arielhelwani. pic.twitter.com/HZPXcsdsXG

SportsCenter (@SportsCenter) November 19, 2020



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...