EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Khabar duka, hampir 2 bulan koma akhirnya Rozanna pergi dijemput ilahi. Salam takziah buat keluarga

0 month ago, 24-Nov-2021

Setelah hampir dua bulan ditidurkan di Hospital Myongji, Korea Selatan akibat serangan asma, seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat Nanyan dimaklumkan sendiri melalui laman sosial Facebook oleh kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee pagi tadi. Menurut kemaskini di laman Facebook peribadi milik Nur Diana, jenazah adik tirinya akan dikebumikan di Korea Selatan namun lokasi tempat pengebumian tidak didedahkan.

Allahyarhamah Rozzana merupakan seorang operator di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon dan telah bekerja di negara tersebut sejak empat tahun lalu.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Kredit Siakap keli

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

:Facebook,Kosmo,Sinar Harian



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...