EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Khabar gembira buat pemain Lang Merah

0 month ago, 20-May-2020

PEMAIN skuad Kedah boleh menarik nafas lega apabila Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dihadapi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Muhammad Sanusi berkata, beliau hanya mengetahui mengenai kemelut pembayaran gaji membabitkan pemain Lang Merah hanya melalui media semalam, dan belum mendapat maklumat penuh mengenainya.

Katanya, beliau akan berjumpa pengurusan KFA secepat mungkin bagi mengetahui kedudukan sebenar kewangan persatuan itu dan membantu menyelesaikan masalah berkaitan.

"Saya hanya mengetahui mengenai tunggakan gaji pemain menerusi media sahaja, saya difahamkan berlaku masalah gaji kerana kekangan kewangan

"Saya akan berjumpa segera pengurusan KFA untuk dapat kedudukan sebenar, namun saya harap pemain dapat sambut Aidilfitri dengan gembira," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Pemain Kedah sebelum ini, mendakwa tidak mendapat bayaran gaji tiga bulan mulai Februari lalu, dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Bagaimanapun kelmarin, Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris mengumumkan kerajaan negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji mereka.

Katanya, bekas Menteri Besar merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah meluluskan peruntukan itu dua hari sebelum meletak jawatan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...