EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Khabar duka, Fakhrur Radzi meninggal dunia kemaIangan motor bertembung Vellfire. Salam takziah buat keluarga

0 month ago, 24-Nov-2021

MACHANG Seorang pembuat barangan perabot maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna dinaiki empat sekeluarga di hadapan sebuah stesen minyak di kilometer 3.3, Jalan Machang-Tanah Merah, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Fakhrur Radzi Yahani, 24, yangmengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan meninggal dunia di lokasi kejadian .

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo dipercayai tiba-tiba keluar dari simpang sebuah stesen minyak menghala ke Machang. Menurutnya, insiden itu menyebabkan MPV jenis Toyota Vellfire yang dinaiki empat sekeluarga tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.

Manakala pemandu MPV, isteri bersama ibu dan bapanya turut cedera dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Jelas beliau, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...