EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ketua Wanita UMNO Usia 62 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Yang Usia Separuh Dari Dia

0 month ago, 13-Sep-2020

MELAKA: Beza usia 34 tahun bukan halangan buat Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang dan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ashraf untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha yang berusia 62 tahun dan Ashraf, 28, disatukan pada Jumaat lalu.

Ahli politik itu sudah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya.

Beza usia 34 tahun bukan halangan Zaleha menikahi Ashraf

Zaleha dan Ashraf di hari pernikahan mereka pada Jumaat lalu. Gambar media sosial

Sinar Harian melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Menurut Dr Akmal, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain di satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.

Selepas saling mengenali, Zaleha dan Ashraf mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha ketika dihubungi oleh Sinar Harian turut memaklumkan beliau dan suami akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.

Gambar-gambar pernikahan Zaleha dan Ashraf tular di media sosial sejak Jumaat.

Sebilangan besar netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yangf membuktikan usia bukan halangan untuk dua jiwa disatukan menerusi ikatan pernikahan.

: ASTRO AWANI

Tahniah diucapkan kepada Datuk Zaleha Bujang 68 tahun ketua wanita umno Jasin nikah dengan pasangan lelaki 28 tahun.

Kalau dah jodoh Takkan kemana..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ketua Wanita UMNO Usia 62 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Yang Usia Separuh Dari Dia Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...