EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KETUA POLIS TALIBAN MAUT, 11 CEDERA SELEPAS KENDERAAN DIBOM

0 month ago, 14-Oct-2021

JALALABAD: Ketua Polis Taliban terbunuh selepas kenderaan yang dinaikinya diletupkan di Timur Afghanistan, hari ini.

Kejadian dilapor turut menyebabkan 11 orang cedera.

Menurut pegawai kumpulan Taliban, letupan tersebut berlaku di Asadabad, ibu kota Kunar yang menyasarkan Ketua Polis Taliban itu.

Ketua polis telah meninggal dunia dan 11 orang cedera,” katanya kepada AFP.

Kejadian tersebut turut disahkan seorang doktor di sebuah hospital di Kunar yang menerima 11 orang mangsa cedera melibatkan empat pejuang taliban serta tujuh orang awam.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan yang berlaku.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...