EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ketua Menteri Sabah umum ganjaran Sabtu ini

0 month ago, 10-Jul-2019

PASUKAN Sabah bakal menerima ganjaran daripada kerajaan negeri selepas berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi apabila menjuarai saingan Liga Perdana musim ini, semalam.

Skuad Tambadau sah dinobatkan juara selepas menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam sekali gus membolehkan mereka mengumpul 40 mata yang tidak mampu lagi dicabar pasukan lain.

"Ya sudah pasti kita akan memberikan ganjaran namun akan diumumkan sendiri Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), Sabtu ini iaitu pada perlawanan seterusnya bertemu Kelantan di Stadium Likas.

"Pada hari berkenaan juga, saya difahamkan trofi Liga Perdana akan diterbangkan ke Likas dan selepas itu kita akan tahu bentuk ganjaran," katanya di Kota Kinabalu.

Peter berkata, kejayaan Sabah itu adalah kemenangan untuk seluruh rakyat negeri ini yang selama ini merindukan kebangkitan pasukan kesayangan mereka dalam kancah bola sepak negara.

PEMAIN Sabah, Rodoljub Paunovic (tengah) diasak pemain UiTM FC.

"Kami memulakan saingan dengan keputusan tidak begitu baik namun berkat kerjasama semua pihak termasuklah pengurusan, pegawai, barisan jurulatih, pemain dan juga penyokong berjaya merealisasikan impian ini.

"Kami bukan saja mencapai matlamat utama pada musim ini iaitu layak ke Liga Super musim depan tetapi juga menjadi juara," katanya.

Sementara itu, Peter berkata, beliau akan memastikan skuad Tambadau bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi saingan Liga Super termasuk dari segi perbelanjaan.

"Kami akan berusaha mencari penaja dan mempersiapkan pasukan sebaik mungkin kerana sedar saingan Liga Super sangat mencabar. Bagaimanapun kami akan fokus dulu baki dua perlawanan Liga Perdana seterusnya saingan Piala Malaysia akan datang di mana kita menyasarkan sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir," katanya lagi.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com