EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ketua keluarga atau wakil sahaja dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKP

0 month ago, 25-Mar-2020

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa pada 18 Mac lalu dengan lanjutan sehingga 14 April, kerajaan telah menetapkan hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar rumah atas urusan penting sepanjang tempoh berkenaan.

Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan (Infrastruktur) berkata, hanya wakil rumah yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan sahaja.

Katanya lagi, jika terpaksa membawa orang, mereka perlu memberi penjelasan kepada pihak polis dan itu tertakluk atas budi bicara.

Fadillah Yusof/Facebook

Selain itu, beliau turut mengingatkan sekiranya berlaku kematian, perkara tersebut perlulah dijelaskan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, pada dasarnya hanya seorang sahaja dibenarkan dan mestilah atas tujuan penting sahaja.

Beliau juga turut mengingatkan wakil rumah yang keluar rumah agar sentiasa mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan seperti mencuci tangan, menjaga kesihatan dan menjaga jarak atau social distancing.

Perkara tersebut telah mendapat maklum balas orang ramai dan menjadi bualan netizen di media sosial. Antara yang menarik perhatian ramai ialah tweetdari seorang pengguna Twitter, Muiz@MuizHajiAbas.

Menurut Muiz, disebabkan hanya ketua keluarga sahaja boleh pergi ke pasar membeli sayur, maka dia melantik isterinya sebagai 'ketua keluarga interim' sehingga PKP selesai.

Twitter

Ketua keluarga atau wakil sahaja dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKP Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...