EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ketika Rakannya Sedang Menikmati Zaman Kanak-Kanak, Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Kerka Keras Di Pasar

0 month ago, 15-Sep-2020

Budak 10 tahun Kerah Tenaga Kerja Di Pasar, Demi Bagi Keluarga Makan | Ketika kanak-kanak seusianya sibuk di sekolah, tidak bagi seorang budak lelaki dikenali sebagai Amat yang mempelajari pelbagai ilmu melalui pengalaman.

Budak berusia 10 tahun itu tidak membuang masa dalam kehidupan, sebaliknya berusaha keras mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu, Sabah.

Kisah budak tersebut dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Edlee Al-Aswad Black dengan memuat naik tiga gambar Amat yang sedang bekerja di pasar berkenaan.

Dengan beban yang dibawa, aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh..- Budak Pasar

DATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR

Selain memudahkan urusan pengunjung pasar berkenaan, Amat tidak menetapkan kadar bayaran sebaliknya hanya terserah kepada ihsan pelanggan yang menentukan.

Perjalanan hidupku tampak kabur dan kelam. Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian.
Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar, kongsi Edlee.
Posting tersebut menerima ratusan perkongsian dan tanda suka selain komen warganet yang kagum dengan semangat Amat dalam membantu keluarganya.

kredit kataustaz


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...