www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Hari Ketiga Berkempen Beri Isyarat Positif Ramli

0 month ago, 14-Jan-2019


JELAI, 14 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor percaya sambutan yang baik daripada penduduk setempat pada kempen PRK kawasan berkenaan yang masuk hari ketiga tempoh berkempen hari ini melonjakkan semangatnya untuk sama-sama dengan jentera parti lain dalam meneruskan siri kempen sehingga ke hari mengundi 26 Jan depan.

Menurut beliau rata-rata kawasan yang dikunjungi menampakkan perkembangan positif malah sambutan daripada pelbagai sokongan lapisan masyarakat amat mengujakan.

Insya Allah mereka akan memberi sokongan yang kuat kepada saya. Semalam dengan masyarakat Cina, India bersama MCA dan MIC menampakkan sokongan yang membanggakan. Begitu juga dengan kawasan-kawasan lain memperlihatkan sambutan yang sama. Kita akan terus tingkatkan lagi.

Sebagai anak watan di sini, insya Allah saya bersedia untuk berkhidmat kepada penduduk di sini sekiranya diberikan peluang. Baik masyarakat Felda mahu pun masyarakat lain….saya boleh janjikan kepada mereka bahawa suara dan luahan mereka akan kedengaran di Parlimen jika saya menang, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Calon Barisan Nasional (BN) di Kampung Tanjung Gahai, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Mohd Nor.

Ramli seterusnya berkata isu-isu yang melibatkan warga Felda seperti penurunan harga komoditi terbabit akan diperjuangkan termasuklah nasib pekebun kecil getah.

Selain itu banyak lagi yang kita akan perjuangkan…insya Allah kita akan terus bekerja kuat, ujarnya.-MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts