EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ketahui Hal Sindrom Othello, Penyakit Cemburu Membabi Buta

0 month ago, 11-Oct-2019

Setiap manusia pernah mempunyai perasaan cemburu.Tidak kiralah cemburu dalam konteks perhubungan antara lelaki dan wanita, keluarga mahupun rakan-rakan sekerja. Ada yang mengatakan cemburu tanda sayang tetapi jika tidak terkawal, ia boleh mendorong seseorang diselubungi perasaan negatif sehingga melakukan sesuatu yang di luar batasan.

Sindrom Othello

Bagaimana perasaan dan reaksi anda jika diajukan pelbagai soalan dan dilemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh pasangan anda? Kalau sekali dua mungkin masih boleh bersabar dan bertindak positif tetapi bagaimana jika ia berlaku hampir setiap hari? Inilah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang menjalinkan hubungan dengan penghidap Sindrom Othello.

Foto Pinterest

Sindrom Othello yang turut dikenali sebagai pathological jealousy, adalah sejenis gangguan delusi di mana seseorang itu cenderung untuk membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap pasangan mereka tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dakwaan mereka ini boleh dibuat berdasarkan perkara yang tidak masuk akal. Berbeza dengan penyakit delusi yang lain, penghidap sindrom ini cenderung untuk menghendap, melakukan sabotaj dan juga berupaya untuk bertindak ganas.

Bentuk Sindrom Othello

Penyakit ini boleh wujud dalam beberapa bentuk obsesi dan juga delusi.

Obsesi Bentuk obsesi ini disertai oleh pemikiran cemburu yang melampau diikuti oleh satu set tindakan yang dilakukan berulang kali (kompulsif) demi memuaskan pemikiran obsesif tersebut. Sebagai contoh, akibat sering hadir pemikiran negatif terhadap pasangan dan rasa cemburu yang membuak buak, seseorang itu mungkin akan menelefon pasangannya berkali-kali untuk mengetahui perihal mereka.

  • Antara perbuatan kompulsif yang mungkin dilakukan oleh penghidap sindrom ini adalah: Memeriksa mesej dalam telefon pasangan
  • Menyaring setiap interaksi dalam akaun media sosial pasangan
  • Menuduh pasangan berlaku curang jika cuba mengelak daripada diserang
  • Mengekori atau menghendap pasangan dari masa ke semasa
  • Mengehadkan pergaulan pasangan walaupun dengan kawan rapat atau ahli keluarga

Foto Medical

Delusi Definisi delusi adalah kepercayaan salah yang kukuh tentang suatu perkara walaupun bukti jelas menunjukkan bahawa kepercayaan mereka adalah salah. Sebagai contoh, seseorang itu yakin bahawa artis ternama sedang bercinta dengannya walaupun artis tersebut tidak tahu menahu akan kewujudan mereka. Bagi penghidap sindrom ini, delusi yang mereka alami adalah delusi kecurangan.

Yang pasti penghidap sindrom ini cenderung untuk melakukanpenderaan fizikal dan mental terhadap pasangan mereka. Jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai masalah ini, segera dapatkan bantuan agar anda tidak terus merana. Seperti mana-mana penyakit, terdapat rawatan dan pengurusan yang boleh dilakukan oleh doktor. Selain perasaan cemburu, bersangka baik dan saling mempercayai juga adalah tanda sayang seseorang terhadap pasangan mereka.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...