EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ketahui Maksud Tahi Lalat Menurut Feng Shui

0 month ago, 20-Nov-2020

Tahi lalat boleh merubah penampilan seseorang, daripada kurang menarik ke yang paling manis.

Pernah terfikir apa maksud tahi lalat jika ditemui di lokasi tertentu di badan? Tahi lalat boleh muncul di mana saja pada kulit, secara sendirian atau berkumpulan.

Dalam definisi itu, tahi lalat hadir dengan berbagai cara dan bermaksud banyak perkara yang berbeza, terutama bergantung pada tempat ia berada.Di bibir, tapak kaki, dada, dan lain-lain ada maksudnya.

IKLAN

Tambahan lagi, terdapat beberapa kajian astrologi kuno yang menunjukkan bahawa miliki tahi lalat pada bahagian tertentu badan anda mungkin bermaksud sesuatu mengenai keperibadian, kekayaan, atau masa depan.

Orang Cina percaya tahi lalat boleh memberi nasib yang baik atau tidak menguntungkan, bergantung pada kedudukan tempat, warna, dan saiz tahi lalat tersebut.

Tahi lalat di lengan

Foto Anatomy

World of Feng Shui menyatakan tahi lalat di lengan bermaksud anda seorang yang rajin dan bekerja keras dalam apa jua tugasan yang diberi tapi sayangnya masih tidak mendapat pengiktirafan.

Belakang badan, sekitar bahu

Foto Medicine

Tahi lalat di bahagian belakang badan membawa maksud tidak mempunyai nasib baik, sering dikhianati, sering menghadapi banyak halangan dan kemunduran.

Di dada

Foto Reddit

Tahi lalat di sekitar dada atau payudara menandakan anda bercita-cita tinggi, murah hati, dan mempunyai anak yang baik.

Jika tahi lalat terletak di leher

Foto India TV

Kata World of Feng Shui, tahi lalat berada di leher menunjukkan umur yang pendek, dengan kemungkinan tekanan yang sangat kuat. Diingatkan supaya berehat dari tekanan, dan relaks dalam menjalani kehidupan.

Tahi lalat dahi

Foto Gujarati

Astrologi Cina mengatakan bahawa ia menunjukkan kesejahteraan. Tahi lalat di dahi bermaksud kebijaksaan, pasangan yang hebat, aktif dan giat.

Tahi lalat di bibir

Tahi lalat di bibir sering dikaitkan dengan beauty mark, tanda kecantikan. Astrologi Cina menyatakan tahi lalat ini bermaksud anda ingin mencapai banyak benda dalam hidup dan kemungkinan akan maju.

IKLAN

Foto Charlotte Gill

Jika tahi lalat berada di sudut bibir atas, itu bermaksud anda suka menikmati perkara-perkara yang baik dalam hidup.

Kedudukan tahi lalat di pipi

Feng Shui menyatakan bahawa tahi lalat yang terletak di pipi bermaksud bahawa mereka adalah orang yang berani, ikhlas dan rajin belajar, malah atletik dan tidak materialistik.

Foto Pinterest

Secara khusus, tahi lalat di pipi kanan menunjukkan orang yang peka dan penyayang yang menghargai keluarga, sementara pipi kiri mewakili seorang yang introvert dan mungkin juga sombong.

Tahi lalat dagu

Kata Feng Shui, tahi lalat di dagu menunjukkan bahawa orang itupenyayang, menandakan kemampuan menyesuaikan diri, tekad dan sedikit sikap keras kepala.

Foto The Epoch Times

Sekiranya tahi lalat berada di sebelah kanan dagu anda tandanyapemikiran logik dan sifat diplomatik, sementara tahi lalat di sebelah kiri dagu mewakili orang yang berterus terang, dan jujur.

Tahi lalat sepanjang garisan rambut

Foto Medical News Today

Tahi lalat di sini bermaksud bahawa mereka mempunyai kehidupan yang cukup hebat dari segi kewangan, dan juga romantik.

Tahi lalat di tangan

Foto Diskussion

Tahi lalat di tangan membawa maksud anda rajin dan bertenaga. Tambahan, menurut World of Feng Shui, tahi lalat di tangan wanita bererti dia memiliki ciri-ciri yang tidak stabil dan kecenderungan untuk overspend.

Di kaki banyak maksud

Foto India Times

Bagi lelaki, tahi lalat di kaki menunjukkan kesukaran dan penderitaan. Wanita khususnya di sekitar pergelangan kaki bermaksud anda seorang tiada perasaan.

Tahi lalat di bahu

Foto The Guardian

Astrologi menjelaskan bahawa tahi lalat di bahu menunjukkan seseorang menjalani kehidupan yang sukar, menanggung banyak beban dan tanggungjawab berat.

Terletak di kulit kepala

Foto Reddit

Petanda yang baik, melambangkan nasib baik seumur hidup yang dicemburui oleh orang lain.

Selamat Beramal!

RUJUKAN :1,2



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...