EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ketagih main permainan komputer, remaja 17 tahun maut akibat strok

1 month ago, 07-Nov-2019

BANGKOK -Akibat terlalu leka bermain permainan video tanpa henti, seorang remaja dari Thailand menemui ajalnya kerana mengalami strok.

Mendiang berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Piyawat Harikun dikatakan telah meluangkan cuti persekolahannya dengan bermain permainan komputer di dalam bilik. Kedua ibu bapanya turut memaklumkan bahawa Harikun akan berjaga sepanjang malam untuk bermain permainan komputer. Menjelang siang pula, Harikun akan menarik tirai bilik dan menyambung permainan tersebut.

Gambar Hiasan | Pixabay

Ibu bapa Harikun pernah cuba untuk menghalang anak mereka untuk berhenti bermain. Malah, mereka juga sanggup membawa makanan ke bilik anaknya namun Harikun tetap berdegil.

Bagaimanapun pada petang Isnin yang lalu, bapa Harikun iaitu Jaranwit telah masuk ke bilik anaknya dan mendapati Harikun dalam keadaan melutut di atas lantai. Pada waktu itu, Jaranwit telah berusaha untuk membangunkan anaknya namun gagal.

Mayat Harikun segera diperiksa oleh pegawai perubatan dan hasil keputusan mendapati mendiang telah meninggal dunia di antara 8 ke 10 jam sebelum ditemui. Punca kematian dipercayai akibat serangan jantung dan strok kerana bermain permainan komputer secara berterusan dan tanpa henti sepanjang malam.

"Anak saya seorang yang bijak di sekolah tetapi dia mempunyai masalah besar iaitu ketagih permainan komputer. Saya sudah cuba memberi amaran mengenai ketagihannya yang melampau dan dia berjanji akan cuba mengurangkannya. Malangnya semua sudah terlambat,"kata Jaranwit sambil menasihati ibu bapa lain agar melarang anak masing-masing untuk mengikuti tabiat buruk itu.

Ketagih main permainan komputer, remaja 17 tahun maut akibat strok Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...