EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Cara Elak Anak Ketagih Main Handphone, Cara Terakhir Tu Paling Berkesan!

1 month ago, 11-Jul-2019


Ketagihan telefon pintar terhadap kanak-kanak bukan lagi perkara baru di zaman teknologi ini. Rata-rata sekarang ni budak kecil pun dah pandai pegang handphone malah tahu mana satu nak tekan.

Anak saya sendiri pun tidak terlepas dari 'keseronokan' bermain handphone sampai ketagih dan akan menangis sekiranya tidak dapat apa yang diminta.

Sebagai ibubapa, kita seharusnya tidak membiarkan anak-anak terus hanyut dengan gadget sehingga menganggu perkembangan minda dan kesihatan mereka.

Berikut adalah beberapa cara atau petua untuk mengelak 'ketagihan' bermain handphone pada kanak-kanak yang anda boleh praktikan.

1. Harus ingat bahawa anda adalah 'boss'. Anda harus tegas dan jangan terlalu mudah mengalah dengan pujuk rayu anak-anak. Jika anda sudah tetapkan peraturan, pastikan semua orang ikut.

2. Rancang aktiviti anak-anak yang menyoronakkan seperti bermain craft, menulis, melukis dan sebagainya untuk hilangkan kebosanan mereka.

3. Bagi contoh dan teladan yang baik pada anak-anak. Jangan jadi ketam yang mengajar anak berjalan, melarang mereka bermain handphone tetapi anda sendiri tak lepas handphone dari tangan.

4. Jangan jadikan telefon sebagai 'babysiter', contohnya ketika makan di restoran, anak menangis meminta sesuatu, lalu anda berikan mereka telefon untuk menonton youtube. Cuba bercakap sesuatu dengan mereka.

5. Sekiranya anda benarkan mereka bermain handphone,  hadkan penggunaan telefon, contonya 15 atau 20 minit sahaja, jangan biarkan memreka bermain sampai berjam-jam.

6. ak password pada telefon anda supaya anak-anak tidak dapat membukanya dengan sendiri, elakkan meletak telefon di tempat yang senang mereka capai.

7. Berkebun antara salah satu cara untuk hilangkan kebosanan pada kanak-kanak, bawa mereka bercucuk tanam supaya dapat melupakan gadget.

8. Petua yang terakhir ini mungkin sangat berkesan pada anak-anak kecil yang obses dengan telefon bimbit. akkan gambar muka yang menyeramkan seperti gambar zombi dan dsb pada 'walpaper' handphone anda. Rasanya budak kecil takkan berani sentuh hp anda lepas tu.



Semoga bermanfaat. Jangan lupa like, share dan follow page PSP dan fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi informasi bermanfaat.



Live Website Traffic





www.edisiviral.com