EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Apa Kesudahan Monsta X Wonho & Betul Ke Kontroversi Shownu Bersama Isteri Orang?

0 month ago, 04-Nov-2019

Kumpulan idol terkenal Korea Monsta X yang dianggotai oleh tujuh ahli ini membuatkan industri hiburan di sana semakin ribut dengan pelbagai kontroversi yang kurang enak untuk di dengar.

Industri hiburan Korea kini semakin di pandang buruk dan negatif oleh masyarakat yang bukan sahaja di Korea malah di seluruh dunia yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korean Wave ini.

Baru-baru ini kumpulan Monsta X yang dianggotai oleh Wonho, Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Jooheon dan I.M merupakan artis naungan syarikat Starship Entertainment ini mengumumkan khabar berita yang mengejutkan semua orang iaitu pengunduran Wonho daripada kumpulan idol popular ini.

Foto : showbiz cheat sheet via Jun Sato/WireImage

Monsta X yang baru sahaja membuat kemunculan bersama mini album mereka iaitu FOLLOW: Find You pada 28 Oktober dan telah membina momentum yang sangat bagus di United State serta mengatakan akan membuat persembahan di iHeart Radio Jingle Ball pada hujung tahun ini bersama Taylor Swift dan Jonas Brothers, membuatkan peminat berasa teruja.

Tetapi sayang perasaan teruja tersebut di ganti dengan rasa terkilan dan terkejut dengan isu kontrolversi serta khabar angin yang buruk yang menjadi tajuk utama media hiburan tempatan Korea.

Lawak Jenaka Wonho Dan Minhyuk Terhadap Kempen Gangguan Seksual

Pada 25 Oktober 2019, syarikat Starship Entertainment bersama-sama Minhyuk dan Wonho mengeluarkan kenyataan memohon maaf selepas video Monsta X bersama peminat bagi acara meet and greet pada bulan Mac 2019 tersebut di internet baru-baru ini.

Foto AllKpop

Di dalam video tersebut Minhyuk dan Wonho membuat lawak yang merujuk kepada Me Too Movement yang merupakan sebuah kempen global yang menentang gangguan seksual dan keganasan di mana pihak mangsa berkongsi kisah mereka dan mencari sokongan bersama mangsa senasib.

Lawak jenaka yang di keluarkan itu membuatkan netizen berang dan Wonho kemudiannya memohon maaf dengan kenyataan berikut.

Saya tidak berfikir terhadap apa yang saya katakan akan menyebabkan kemudaratan terhadap Me Too Movement dan berpotensi menyebabkan kesengsaraan terhadap si mangsa.

Dan saya kecewa kerana telah melukakan ramai orang kerana kata serta tindak tanduk saya.

Apabila di lihat semula, saya tidak sepatutnya berkata begitu. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh mengeluarkan kata-kata yang jahil begitu. Saya akan memikirkan perkara ini secara mendalam.

Berikutan permohonan maaf daripada Wonho, Minhyuk juga mengeluarkan kenyataan mohon maafnya terhadap isu tersebut.

Foto Pinterest

Saya seharusnya lebih berhati-hati terhadap kata-kata dan tindak tanduk saya. tetapi ada kalanya di mana terdapat situasi yang saya tidak berfikir sebelum bertindak.

Meski permohonan maaf ini lambat, tetapi saya benar-benar ikhlas memohon maaf terhadap kesilapan saya dan saya akan memastikan di masa akan datang, saya tidak akan melakukan hal yang sama.

Saya memohon maaf kerana telah mengecewakan peminat.

Wonho Hutang Influencer Jung Da-Eun 30 Juta Won

Ingatkan kesudahan kontroversi Monsta X berhenti di situ, tetapi rupa-rupanya ia sebuah permulaan. Pada 29 Oktober 2019 Wonho telah di tuduh telah meminjam wang sebanyak 30 juta Won daripada sosial media influencer yang kini menjadi selebriti iaitu Jung Da-Eun.

Foto kanal247

Tuduhan ini pertama kali timbul apabila Jung memuat naik sebuah foto pada akaun Instagram Wonho dengan kapsyen Ho-Seok (nama sebenar Wonho), bila kamu akan bayar semula kepada saya?

Berikutan tuduhan tersebut, syarikat Starship Entertainment membuat maklum balas pada 30 dan 31 Oktober 2019 menerusi berita tempatan NEWS1 dengan kenyataan berikut.

Khabar angin tersebut tidak benar dan kami sedang melihat terhadap kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kami merancang untuk menghantar permohonan untuk memfailkan aduan menerusi wakil undang-undang.

Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi secepat mungkin.

Foto AllKpop

Jung Da-Eun membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Starship Entertainment dengan menunjukan chat log di antara dirinya dan peguam Wonho di Twitter, yang mana chat log yang di post tersebut di padam.

Menerusi perbualan yang terdapat di dalam log tersebut, Jung menuduh Wonho tidak membayar sewa rumah yang di kongsi bersama semasa mereka menyewa di Yeoksam-dong dan menyebabkan wang pendahuluan Jung yang bernilai 10 juta won diambil.

Jung juga memberitahu peguam Wonho bahawa Wonho juga telah mencuri barang-barangnya secara dalam talian dan telah meminjam sebanyak 3 juta won serta 5 juta won pada ketika itu dan berjanji akan membayar semula kepada dirinya. Menurut Jung Wonho telah membayar 2 juta won pada tahun 2016.

Wonho Memiliki Rekod Jenayah?

Foto Koreaboo

Tidak cukup dengan tuduhan hutang, Jung Da-Eun dan Han Seo-Hee telah mendakwa Wonho memiliki rekod jenayah dan menyebarkan mesej tersebut menerusi posting di akaun Instagram Saya tahu apa yang kamu lakukan pada 2008. Suwon Detention Center dengan dakwaan khas.

Berikutan kontroversi yang datang, Wonho dan juga Starship Entertainment masih belum lagi memberi maklum balas terhadap mesej tuduhan oleh Jung dan Han Seo-Hee tersebut. Agensi berkenaan telah mengumumkan acara tandatangan peminat Monsta X untuk pelancaran album mini kumpulan tersebut akan ditangguhkan kerana pengunduran Wonho dari kumpulan idol tersebut.

Kontroversi Shownu Bersama Isteri Orang?

Foto AllKpop

Tidak cukup hal Wonho yang masih belum selesai, muncul pula kontroversi Shownu yang juga ahli kumpulan Monsta X. Di mana Shownu dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita yang telah berkahwin.

Han Seo-Hee mendedahkan bahawa Shownu mempunyai hubungan romantik bersama isteri orang menerusi IG Story miliknya. Di mana menerusi IG Story tersebut Han Seo-Hee mengongsikan mesej yang didapatinya daripada seorang lelaki yang di dakwa merupakan suami kepada isteri yang mempunyai hubungan sulit bersama Shownu.

Tidak lama kemudian, mesej di IG Story milik Han Seo-Hee telah dipadam berikutan isu yang timbul ini.

Foto kimchidaily.my

Lelaki tersebut meluahkan bahawa isterinya telah berlaku curang bersama Shownu dan berikutan itu, peguam syarikat Starship Entertainment turut berhubung dengannya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Menerusi mesej daripada peguam syarikat Starship Entertainment menyatakan bahawa Shownu tidak bersalah dan tidak terlibat langsung dengan kes ini.

Foto kimchidaily.my

Berikutan isu Shownu, syarikat telah mengeluarkan maklum balas dan kenyataan.

Peguam syarikat memberi maklum balas bahawa Shownu berhubungan dengan wanita tersebut sebelum dia berkahwin lagi dan wanita terbabit telah berkahwin sekitar bulan Ogos.

Dan agensi kami telah mendapatkan kepastian daripada Shownu sendiri bahawa dirinya tidak tahu menahu kerana wanita tersebut tidak memaklumkan apa-apa kepadanya.

Berikutan isu ini, pihak agensi dan suami wanita tersebut telah bertemu dan menjelaskan duduk perkara sebenar.

Apa-apapun kami memohon maaf kerana menyebabkan gangguan emosi dan menyebabkan peminat Shownu terluka mengenai isu ini.

Kami sebagai agensi perlu melindungi artis kami dan kami memohon anda semua dapat memahami dan tidak membuat sebarang spekulasi atau kami akan mengambil tindakan undang-undang.

Diharap segala kontroversi yang melanda ahli kumpulan Monsta X dapat diselesaikan dengan cepat dan secara baik.

Rujukan: 1, 2, 3, 4,


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...