EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Elak 7 Kesilapan Mekap Buat Kamu Nampak Tua

0 month ago, 07-Jun-2021

Rasa mekap macam dah cantik, tapi kenapa ada orang kata nampak tua dari usia sebenar.

Memang mimpi ngeri kalau kata wanita nampak tua dari usia sebenar, padahal baru 20-an tapi ada yang kata macam mak cik. Mana silapnya?

Setiap kali nak mekap, titik berat perkara ini agar tak ada lagi mulut busuk yang kata kamu nampak tua, atau kamu rasa macam tak kena pada diri.

Bila Bulu Mata Kamu Flat @ Droopy

Foto Prevention

Melentikkan bulu mata adalah cara cepat untuk menambahkan penampilan yang berseri. Buka mata kamu dan menjadikannya kelihatan lebih bertenaga dan segar.

Foundation Buat Kulit Jadi Gelap

Foto Savvy Tokyo

Asas yang sempurna dapat memberikan penampilan yang berseri-seri.Sebab itu kita dinasihatkan untuk mencari warna foundation yang satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna kulit asal.

Eyeshadow Terlalu Banyak

Foto Allure

Lapisan eyeshadow yang terlalu padat boleh menyebabkan mata kamu kelihatan berat. Apply eyeshadow serba ringkas, sebaiknya pilih warna yang kamu inginkan, semuanya akan menambahkan penampilan yang lebih tepat pada mata.

IKLAN

Mekap Kening Berlebihan

Foto Insider

Ada orang bila buat kening, dibuatnya terlalu pekat nampak langsung tidak natural. Tak nak kelihatan lebih tua, gunakan pensel atau berus dan rapikan garisan kening secara melembut dan kelihatan semula jadi.

Tidak Menggunakan Pelembap

Tahap hormon kita menurun seiring bertambahnya usia, dan ini dapat mempengaruhi kemampuan kulit untuk menjaga kelembapannya.

Foto Medispa

Jadi pastikan sebelum mekap, lakukan rutin penjagaan harian seperti biasa yang mlerangkumi pelembap yang baik (untuk kekuatan pelembab yang lebih, sapukan primer penghidratan sebelum bersolek).

Eyeliner Tidak Sekata

Foto LOreal Paris

Untuk mengatasi masalah ini, cuba gunakan liquid linerdan bukannya pensil (dan pastikan kamu tidak menarik semasa menggunakannya!)

Bibir Kena Lembap

Tak hanya muka saja, bibir sebelum dioles dengan gincu, pakaikan dulu lip balm atau serum supaya kekal hidrasi sepanjang hari dan bibir kamu tak kering di tengah hari. Bila bibir kering dan berkedut, nampak tak cantik.

Foto Makeup

Sebenarnya solekan serba ringkas ala natural menjanjikan penampilan lebih berseri-seri, nak dibandingkan dengan yang tebal. Tapi tak salah kalau nak melaram lebih sikit untuk sesuatu event bagi mengikut tema.

Kalau kamu rasa diri cantik dengan mekap sebegitu, melangkah dengan yakin je!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...