EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Kesian ayah & ibu cari duit beli baju sekolah tetapi diconteng bila tamat ujian SPM'

0 month ago, 29-Nov-2019


Conteng baju sekolah selepas hari terakhir peperiksaan SPM nampaknya sudah menjadi trend pelajar sekolah. Tidak diketahui dari mana asal usulnya trend itu, namun ada yang mendakwa trend itu dari negara jiran. 

Seronok, seronok juga, tetapi tidakkah anda terfikir daripada anda mencontengkan baju sekolah itu, ada baiknya jika disedekahkan kepada pelajar yang memerlukan? Anda bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan ibu bapa mereka, malah mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan itu seperti yang disarankan oleh Cikgu Emmet. 

ALHAMDULILLAH dan selamat berjaya kepada anak-anak lepasan SPM yang berjaya menamatkan ujian dengan jaya. Rasa lega dan release, kan? Happy tak terkira.

Ok, cikgu nampak trend conteng baju ini makin menjadi-jadi saban tahun. Cikgu rasa trend ni berkembang sejak lima atau enam tahun lepas. Cikgu tak tahu apa kepuasan yang adik-adik dapat jika menconteng baju ini. Yang pasti baju ini adik takkan pakai pergi kenduri atau berpeleseran di bandar. Nasib baju ini pasti ke tong sampah juga kan?

Kasihan ayah dan ibu. Cari duit beli baju, mungkin ada yang ikat perut demi menyediakan baju sekolah. Namun akhirnya baju ini dijadikan contengan selepas tamat ujian SPM.

Bagaimana dengan 2020 nanti ye bakal bakal adik yang ambil SPM nanti? Adakah anda akan ikut jejak abang-abang dalam gambar ini? Atau membuat sujud syukur bersalawat?

"Alaaaa... Tak best la cikgu.... Sujud dan selawat tak ada kena mengena dengan baju," kata segelintir kamu agaknya.

Okey, cikgu bagi cadangan CARA NAK RAIKAN PENGAKHIRAN UJIAN SPM 2020 DENGAN BAJU SERAGAM SEKOLAH.

Pastikan kamu dan sekumpulan kawan kawan kamu..lakukan perkara ini.
Pakai baju seragam yang bersih..
  1. Bawa beg kertas yang cantik.
  2. Isikan dengan baju t-shirt dan seluar sepersalinan.
  3. Lepas tamat ujian akhir, berkumpul di depan tandas. Salin baju dan seluar.
  4. Isikan baju seragam dan seluar sekolah serta kasut sekolah dalam beg kertas yang cantik.
  5. Tulis besar nama ayah dn ibu di beg tersebut.
  6. Pergi ke rumah rakan-rakan Tingkatan 4 yang miskin atau ke rumah anak-anak yatim atau cari anak-anak gelandangan.
  7. Sedekahkan baju itu.
  8. Mohon penerima doakan kecemerlangan SPM kamu sebagai balasan. Mohon doakan kesihatan ayah ibu kamu.
  9. Kamu boleh balik dengan KEBAIKAN DAN PAHALA kerana memudahkan hidup orang lain.
  10. Kamu boleh viralkan perbuatan ini dalam media sosial supaya jadi ikutan dan trending pada orang lain.

Okey, inilah cadangan cikgu. Ini lebih baik dari conteng baju dan buang dalam tong sampah. Sekian, selamat maju jaya.

Cikgu Emmet

SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...