EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kesebelasan Utama Skuad Mino Raiola Dan Barisan Pemain Simpanan Bertaraf Dunia

0 month ago, 03-Apr-2021

Siapa yang tidak mengenali ejen berketurunan Itali-Belanda yang penuh kontroversi ini. Mino Raiola memulakan tugas sebagai ejen pada akhir lewat 1990an.

Perpindahan pertama yang mencuri tumpuan diuruskan oleh Raiola melibatkan perpindahan Pavel Nedved daripada Sparta Prague ke Lazio, sebelum menjana perpindahan pemain tersebut ke Juventus.

Selepas itu Raiola terus mendapat kepercayaan bintang-bintang bola sepak dunia. Suka atau tidak dengan sikap lepas cakap ejen ini, berikut adalah deretan pemain bintang yang bernaung di bawah syarikat milik beliau bersandarkan posisi 3-5-2.

GK: Gianluigi Donnarumma

Selepas Gianluigi Donnarumma mulai menembusi skuad utama AC Milan sebagai penjaga gol berusia 16 tahun, Raiola tidak membuang masa cuba memaksa perpindahan pemain tersebut dari kelab itu.

Penjaga gol muda itu mengejutkan Milan kerana menolak tawaran kontrak baharu pada 2017, dan Milan mendapati Raiola sebagai dalang yang mengalihkan perhatian Donnarumma untuk menyertai kelab lain.

Akhirnya, ia adalah niat si ejen yang kelihatam, ujar pengurus besar Milan, Marco Fassone kepada Gazzetta dello Sport pada ketika itu.

Money thrown at Donnarumma by Milan fans during Italy U21 match. pic.twitter.com/FtufC3CPQT

FootballFunnys (@FootballFunnnys) June 18, 2017

Saya sangat yakin, di dalam hatinya sendiri, Gigio sendiri tidak yakin dengan keputusannya itu.

Ia sebenarnya keputusan [Raiola]. Dia menggunakan pengaruhnya, dan dia amat berpengaruh terhadap Gigio. Cuba fikirkan sejenak: seorang remaja 18 tahun dan seorang ejen dengan personaliti besar. Ke manakah hala tujunya?

Selepas desakan penyokong yang marah, Donnaruma bagaimana pun menukar fikiran dan menandatangani kontrak selama empat tahun untuk kekal di San Siro.

CB: Matthijs de Ligt

Sebaik sahaja De Ligt berjaya membantu Ajax meraih kejuaraan berganda dan mara ke separuh akhir Champions League pada musim 2018/19, Raiola tidak membuang masa untuk menjana perpindahan pemain tersebut ke kelab lain.

Pemain pertahanan tegah itu dikaitkan dengan PSG, Manchester United, dan Barcelona sebelum melengkapkan perpindahan ke Juventus dengan nilai 67.5 juta.

???? [El Chiringuito TV????] | Joan Laporta spoke to Raiola about a possible move for De Ligt, as he wants to give Bara coach Ronald Koeman two new centre-backs pic.twitter.com/BCu5t7UeUY

BaraTimes (@BarcaTimes) April 2, 2021

Prestasi De Ligt di Itali bermula dengan agak goyah sebelum pemain muda itu meraih kembali keyakinannya, dan kini dilihat sebagai bakal kapten kelab Turin itu untuk menggantikan Giorgio Chiellini yang akan meninggalkan kelab tersebut selepas musim 2020/21 ini berakhir.

Saya pernah maklumkan kepada Matthijs de Ligt bahawa beliau akan menjadi pemain terbaik di posisinya dan berpotensi memenangi Ballon dOr pada masa hadapan, ujar Raiola kepada Tuttosport pada Disember 2020.

Beliau mempunyai personaliti yang hebat, dan merupakan seorang kapten walaupun tanpa lilitan di atas padang.

CB: Stefan de Vrij

De Ligt bukan satu-satunya pemai pertahanan tengah dari Belanda yang bernaung di bawah Raiola.

Pemain Inter Milan, De Vrik adalah pemain pertahanan terbaik Serie A pada musim 2019/20 dan merupakan tunjang kepada skuad Antonio Conte yang memburu kejuaraan pada musim ini.

Pemai pertahanan berusia 29 tahun itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League bersama Liverpool. Inter bagaimanapun memberi indikasi tidak akan membiarkan pemain terbaik mereka pergi.

CB: Alessio Romagnoli

Romagnoli telah tampil dalam 200 perlawanan untuk AC Milan sejak lima tahun setengah dan dilantik sebagai kapten pasuka pada 2018.

Menurut Gazzetta dello Sport, perbincangan mengenai kontrak seperti menemui jalan buntuk selepas Raiola menuntut gaji Romagnolo digandakan sekali ganda.

Pemain pertahanan tengah ini turut menarik minat dari Juventus dan Barcelona. Everton turut memantau rapat situasi pemain ini.

RM: Hirving Lozano

Merupakan salah seorang pemain paling menyerlah di Piala Dunia 2018, Lozano dikait rapat bersama Manchester United selepas menyerlah bersama Mexico.

Beliau bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PSV Eindhoven selama semusim sebelum melengkapkan perpindahan ke Napoli dengan tanda harga 42 juta.

Hirving Lozano wants to join Manchester United but Mino Raiola pressing for Napoli or PSGtransfer https://t.co/9U27rXCRfJ pic.twitter.com/9NDtT1Vzhj

MANCHESTER UNITED NEWS ?? (@SirAlexStand) June 10, 2019

Pemain berusia 25 tahun itu menemui kembali sentuhan terbaiknya pada musim ini selepas musim pertama yang sukar di Naples. Atletico Madrid dikatakan mengintai hala tuju pemain ini pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

CM: Paul Pogba

Ejen tersebut terlibat dengan saga yang menyebabkan Paul Pogba meninggalkan Old Trafford pada 2012, di mana Sir Alex Ferguson tidak teragak-agak mengelar ejen tersebut sebagai sekampit najis.

Raiola dan United kemudiannya seperti sudah berdamai pada 2016 apabila Pogba kembali ke Old Trafford, bersama-sama dua lagi pemain yang bernaung di bawah agensi beliau, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic.

Raiola bagaimanapun tidak bersembunyi mengkritik bagaimana Ole Gunnar Solksjaer melayan Pogba dan kini seperti mulai mengancam untuk memindahkan pemain itu sekali lagi dari Old Trafford.

???? @FabrizioRomano:

"At the moment from Raiola & Pogba side the position is still the same. No agreement for a new contract & looking for a new opportunity. There is no agreement or no talks to extend the contract of Pogba." #mufc #mujournal

[@podcastherewego] pic.twitter.com/5RC5VIflsj

United Journal (@theutdjournal) March 31, 2021

Saya boleh katakan bahawa ia sudah berakhir buat Paul Pogba di Manchester United.

Paul tidak gembira bersama Manchester United di mana beliau tidak lagi boleh bermain dengan cari beliau suka dan mahu. Paul perlukan pasukan baru untuk beralih angin. Paul masih mempunyai kontrak selama 18 bulan dan akan tamat pada musim panas 2022.

Aku rasa jalan terbaik untuk Pogba dan Manchester United adalah berpisah pada jendela perpindahan. Jika tidak, pasukan Old Trafford tahu risiko akan kehilangan Pogba secara percuma kerana Paul tiada niat untuk menyambung kontrak.

Kenyataan dari Raiola itu mendapat kritikan ramai yang mendesak agar Pogba dilepaskan pada jendela perpindahan seterusnya.

CM: Marco Verratti

Selepas Donato di Campli melabel Verratti seperti seorang pemain yang terpenjara di PSG, pemain tengah pantas itu memecat ejennya itu sebelum bekerjasama dengan Raiola mulai 2017.

Saya kenal Raiola kerana beliau adalah ejen kepada Ibra, kata Verratti kepada LEquipe pada 2017. Satu-satunya perkara yang saya maklumkan kepada beliau ialah, saya tidak mahu sesiapa bercakap mengenai saya kepada media.

Beliau memiliki pengalaman dan hubungan baik dengan kelab-kelab, dan Zlatan mencadangkan beliau kepada saya. Di dalam atau luar padang, setiap kali saya mengikut nasihat Zlatan, ia bermakna saya membuat keputusan yang betul.

Pemain tengah itu kini beraksi dalam musim ke-9 bersama PSG tidak pernah kedengaran mahu meninggalkan Parc des Princes.

CM: Ryan Gravenberch

Gravenberch adalah pemain keluaran akademi Ajax, dan melakukan penampilan profesional pertamanya pada usia 16 tahun. Beliau turut digelar the next Paul Pogba.

Gravenvenberch diberikan tanggungjawab dan peranan lebih besar sejak perpindahan Donny van de Beek ke Manchester United, dan pemain itu tidak pernah lagi menoleh ke belakang selepas itu.

Prestasi cemerlang bersama Ajax pada musim ini turut menarik minat dari Barcelona dan Juventus. Hubungan baik kedua-dua kelab dengan Raiola memungkinkag perpindahan untuk berlaku.

LM: Marcus Thuram

Lilian Thuram adalah anak kepada pemenang Piala Dunia 98, Lillian Thuram. Di sebalik nama besar dimiliki bapanya, Marcus sememangnya layak diberikan penghormatan atas apa yang ditampilkan oleh dirinya di atas padang.

Sejak berpindah dari Guingamp ke Borussia Monchengladbach pada 2019, pemain berusia 23 tahun itu menjadikan dirinya sebagai antara bakat terbesar dan menyerlah di Buncesliga.

Menurut media Jerman, Bild, Manchester City, Barcelona, dan Juventus kini dalam usaha untuk meyakinkan pemain itu perpindahan pada musim panas akan datang,

ST: Erling Haaland

Erling Haaland mengeggarkan bola sepak eropah dengan ratio jaringan luar biasanya bersama RB Salzburg dan juga Borussia Dortmund selepas itu.

Tidak cukup dengan aksi luar biasa di Bundesliga, Haaland turut menyerlahkan taringnya di pertandingan UEFA Champions League (UCL) untuk menempatkan dirinya sebaris penyerang-penyerang handalan lain dari serata eropah.

Erling Haaland's dad and Mino Raiola were videoed together in Barcelona this morning.

They then flew straight to Real Madrid to talk about a potential deal.

Tomorrow, they will travel to England to listen to offers from Chelsea, Manchester City, Manchester United and Liverpool. pic.twitter.com/2jgdgsu0PC

SPORTbible (@sportbible) April 1, 2021

Manchester United bukan satu-satunya pasukan yang sedang memburu pemain muda Norway ini, tetapi turut berdepan saingan dari Manchester City, Chelsea, Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan banyak lagi.

Situasi Haaland pasti membuatkan Raiola terbayang-bayang jumlah komisen yang bakal diterimanya pada musim panas akan datang.

ST: Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic adalah klien paling terkenal dan popular di bawah naungan Raiola. Ibrahimovic kali pertama berkenalan dengan Raiola di Ajax, dan sejak dari itu telah bekerjasama selama hampir dua dekad.

Saya berpendapat Zlatan sukakan saya kerana saya menjadi orang pertama yang memberitahu beliau banyak sangat mengarut, kata Raiola kepada talkSPORT pada 2016.

Saya berkata kepada beliau, jika mahu menjadi pemain terbaik dunia, beliau perlu meningkatkan prestasi dan lebih banyak bekerja keras.

Dan pada ketika itu mungkin mereka yang bekerja dengan beliau hanya mengeluarkan kata-kata yang sedap didengar sahaja tanpa sebarang teguran.

Pemain antarabangsa Sweden ini telah melakukan banyak perpindahan berprofil tinggi sepanjang kariernya dan pernah beraksi bersama Juventus, Inter Milan, Barcelona, PSG, Manchester United dan AC Milan.

Barisan pemain simpanan

Berikut pula beberapa pemain lain yang berada di dalam senarai naungan Raiola dan ibarat pemain simpanan untuk kesebelasan utama di atas.

Mereka adalah: Alphonse Areola, Konstantinos Manolas, Blaise Matuidi, Henrikh Mkhitaryan, Justin Kluivert, Moise Kean, Donyell Malen.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mino Raiola:

Mino Raiola Daripada Budak Pizza Kepada Jerry Maguire

Ultras AC Milan Kutuk Tindakan Mino Raiola (Ejen Pemain) Hasut Gianluigi Donnarumma

7 Kelab Yang Secara Terang-Terangan Pernah Jadi Mangsa Buli Super Ejen Mino Raiola



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...