EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM kesan dua lagi kluster baharu KP Kesihatan

0 month ago, 22-Jul-2020

Kementerian Kesihatan(KKM) mengesandua lagi kluster baharuiaituKluster Hyde Park diSelangor dan Kluster PUI Melbourne di Sarawak,kataKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

MemperincikanKluster Hyde Park, beliau berkataklusteritu dikesan di atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, melibatkanseorang anakkapal warga Rusia (kes ke-8769) yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India.

Kluster ini dikenal pasti susulan saringan COVID-19 yang dijalani oleh kru kapal itu sebelum pulang ke negara asal. Sehingga hari ini, keseluruhannya 24 orang telah disaring dengan empat disahkan positif COVID-19

Beliau berkata, semua kes positif dalam kluster ini melibatkan bukan warganegara. Mereka sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala kesemua kontak rapat yang negatif pula dikuarantin di atas kapal itu

Jelasnya, kluster itutidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana merupakan kluster import yang terpencil dan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di atas kapal tersebut.

Bagi Kluster PUI Melbourne, Dr Noor Hisham berkatakes indeks klusteritu merupakan seorang pelajartempatan(kes ke-8749) yang pulang dari Australia pada 15 Julai.

Pelajar itumenaiki dua pesawat, iaitu dari Melbourne ke Kuala Lumpur dan kemudiannya dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Dari pintu masuk umum Kuching, Sarawak, beliau seterusnya dibawa ke pusat kuarantin di mana saringan COVID-19 didapati positif pada 17 Julai. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak

Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan satu lagi kes positif telah dikesan dalam kluster ini

Menurut Dr Noor Hisham, kes keduakluster itumenaiki pesawat yang sama dengan kes indeks, iaitu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Dr Noor Hisham berkata seramai 21 kontak rapat dalam kluster itu, merangkumi penumpang pesawat dan kenderaan awam yang berkaitan, telah disaring dan masih menunggu keputusan, sementarapunca jangkitan masih disiasat.

: Bernama

SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic

loading...