EdisiViral.Com Search Guest Post Login

VLOG kesan bajet 2020 untuk pemandu dan penunggang dan ulasan kami

0 month ago, 12-Oct-2019

Ulasan belanjawan 2019PSP Program Subsidi Petrol Apungan harga minyak sepenuhnya, mengikut harga pasaranSubsidi akan diberikan kepada dua kumpulan sasarPenerima Bantuan Sara Hidup BSHLain lainApa bezanya? Cara menerima subsidiBSH terima RM30 sebulan untuk pemilik kereta dan RM12 sebulan untuk pemilik motosikalLain lain menerima subsidi 30 sen/liter 100 liter untuk pemilik kereta dan 40 liter untuk pemilik motosikal, jumlah tetap sama Untuk BSH wang dikreditkan ke dalam akaun setiap 4 bulan manakala lain lain akan menerima kad95 untuk digunakan semasa membeli bahanapi. Bayaran pertama untuk subsidi petrol bagi penerima BSH akan dilakukan pada bulan April 2020Sistem subsidi hanya beroperasi bil harga petrol RON95 berada atas paras RM2.08 seliterUlasan KamiIni antara perkara yang dijangka akan menarik pelbagai reaksi negatif kerana pengalaman sebelum ini menunjukkan peniaga akan menaikkan harga barang setiap kali harga minyak meningkat. Kami harap kerajaan ada rancangan menyeluruh bagaimana menangani peningkatan kos ini dalam tempoh jangka panjang, termasuk insentif untuk kenderaan cekap tenaga dan kenderaan elektrik supaya rakyat mampu menukar kenderaan sedia ada kepada yang lebih menjimatkan bagi mengurangkan penggunaan petrol rakyat.Kalau kita nak hapuskan subsidi dan apungkan harga semua barangan ke harga pasaran dunia, elok juga kita tengokkan bagaimana gaji boleh diapungkan ke paras dunia, peningkatan gaji minima ke paras RM1,200 adalah langkah permulaan yang bagusTOLPengurangan kadar tol semua lebuhraya milik PLUS sebanyak 18% sehingga tamat tempoh konsesi tahun 2038Tol jambatan sultan abdul halim aka jambatan pulau pinang kedua turun dari RM8.50 ke RM7.Penjimatan pengguna sebanyak RM1.13 billion untuk tahun 2020 dan jumlah penjimatan RM43 billion sehingga tamat konsesi. Kerajaan akan mengambilalih empat lebuhraya Lembah Klang, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) Terowong SMART (SMART). Tol anjal akan diperkenalkan bagi waktu puncak, waktu biasa dan waktu luar puncakTol waktu puncak dan waktu biasa dikurangkan 30% dari kadar sekarang manakala waktu luar puncak percumaIni dikatakan cukup untuk membiayai pengambilan semula konsesi tanpa perlu melanjutkan tempojh konsesiIni akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi.Ulasan kamiKadar tol anjal adalah usaha pertama untuk mengadakan sistem harga jalan dimana pengguna dikenakan bayaran untuk waktu puncak bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.Tapi dengan kadar tol diturunkan adakah ini akan berkesan? Apa pun ramai akan gembira kadar tol diturunkan.Saya lebih suka jika kadar tol waktu puncak lebih tinggi dari sekarang dan wang lebihan disalurkan kepada subsidi pengangkutan awam.Sebagai contoh, kami ingin melihat kerajaan mengkaji program kad pengangkutan tanpa had My100 dan My50 dikembangkan ke seluruh negara dan mungkin dikurangkan harganya untuk pengguna di Lembah Klang bagi 5 tahun akan datang bagi menarik lebih banayk lagi pengguna, sejak diperkenalkan pad abulan Januari program ini telah disambut oleh 120,000 penggunam satu angka yang agak baik tetapi sudah tentu boleh ditingkatkan lagi dengan sasaran sekurang kurangnya satu juta pengguna dalam tempoh dua atau tiga tahun. Kami juga ingin melihat kerajaan membina lebih banyak sistem rel transit di lembah klang dan bandar bandar utama bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, pencemaran dan menjadikan bandar kita lebih mesra pejalan kaki dan mesra alam. Apa pun pengurangan tol akan mendatangkan impak positif kepada pengguna, terutamanya di Lembah Klang dan mungkin dapat mengimbangi kos peningkatan harga petrol selepas apungan sepenuhnya

SUMBER : youtube



Live Website Traffic


loading...