EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kerlipan Kate Spade Menguntum Gaya Disko

0 month ago, 19-Nov-2020

Hujung tahun adalah masa terbaik untuk berkumpul semula, menghabiskan masa mengingati setiap kenang. Semangat ini yang diterapkan oleh Kate Spade melalui koleksi hujung tahunnya yang membawa ritma kerlipan lampu disko. Siap sedia untuk tampil dengan penuh gemerlapan cara Kate Spade dari head to toe.

Kate Spade membuka selera dengan memperkenalkan beg baru. Partama adalah clutchTonight yang berselera lebih sofistikated. Serinya lebih elegan dengan rekaan empat segi, ditambah pula gancu yang lebih privasi. Jangan khuathir, kerana telefon Iphone Pro Max 12 anda boleh muat di dalam clutch ini. Tak akan hilang lagi telefon bimbit di parti selepas ini kerana kerlipan labuci pada clutch Kate Spada ini membantu anda menjumpainya!

kerlipan kate spade
Clutch tonight oleh kate spade
kerlipan kate spade
clutch tonight kate spade

Seterusnya adalah beg Party yang dikirah cukup bijak rekaannya buat gadis dikala hadir ke acara parti hujung tahun. Ada tiga cara untuk menggayakannya! Pertama boleh sahaja disilang malas pada badan atau jadikannya sebagai clutch tangan. Terakhir adalah menggantungkan beg Party ini pada pergelangan tangan. Mahu tampak lebih eksentrik, pilih beg Parti yang dijahit dengan motif kucing. Mengingati kucing peliharaan anda di rumah!

beg party kate spade
kerlipan kate spade
beg party kate spade

Kerlipan Kate Spade bertambah seri lagi dengan pilihan kasut yang sarat dengan perincian gemerlapan. Ada pilihan kasut balet yang disimbahi dengan labuci pancawarna dan kasut bertumit kota New York yang sememangnya satu ikon dalam seni lampu di kala malam menjelma. buat yang mahu ringkas gayanya boleh pilih kasut sandal dalam material tweed dan kulit kemasan metalik.

Pilihan Kasut Kate Spade New York


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...