EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kerjasama jahat

0 month ago, 06-Nov-2019

TIGA individu termasuk seorang hakim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, hari ini atas pertuduhan membebaskan sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, individu terbabit ialah Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas, Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad dan peguam Noor Amirul Nazreen Anas.

SPRM sudah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh tiga individu terbabit di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam.

Ketiga-tiga individu terbabit bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009, katanya.

Harian Metro pada 22 Julai lalu melaporkan seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membebaskan sembilan PATI yang sepatutnya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dilaporkan mengesahkan penahanan hakim terbabit berkait dengan penahanan seorang peguam dan timbalan pendakwa raya serta beberapa anggota polis.

Malah, ketika ditahan SPRM turut menemui wang tunai RM82,500 daripada timbalan pendakwa raya berusia 32 tahun dipercayai diperoleh daripada hasil rasuah.

Tangkapan terhadap seorang peguam pula turut menemui wang tunai yang kemudian dianggarkan bernilai RM17,500.

Selain itu, turut ditahan enam anggota polis bertugas sebagai pegawai penyiasat jenayah di daerah Hulu Selangor dan anggota polis pengiring lokap mahkamah.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan selepas direman lima hari bagi membantu siasatan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...