EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Elak kereta meletup, ini 9 benda anda tidak boleh tinggalkan dalam kereta

0 month ago, 15-May-2022

Pernah tak anda dengar kejadian kereta terbakar, atau meletup disebabkan power bank tertinggal di dalam kenderaan?

Ini bukan kali pertama berlaku malah sudah banyak peringatan diberikan berkenaan hal ini. Meninggalkan peranti tersebut di dalam kenderaan dalam tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan kebakaran gara-gara terlampau panas.

Selain power bank, ini 9 benda yang anda tidak boleh tinggalkan dalam kereta.

1. Power bank/Alatan elektronik

Peranti dikuasakan bateri litium-ion sangat berbahaya jika terdedah kepada suhu panas, apatah lagi secara terbuka yang boleh menyebabkan letupan.

Peranti elektronik mudah meletup seperti telefon bimbit, komputer riba, dan rokok elektronik. Juga jangan dilupakan peranti lain seperti pembaca kad tol Smart-Tag. Sila simpan dalam kotak khas yang diletakkan dalam laci khas, jangan biarkan terdedah.

2. Botol plastik

Botol plastik lut sinar boleh menyebabkan cahaya menembusi botol. Dari situ ia boleh memulakan api kebakaran.

3. Cecair pembasmi kuman (Hand Sanitizer)

Cecair pembasmi kuman kini semakin popular dalam kalangan masyarakat susulan penularan wabak Covid-19. Bahan tersebut berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.

4. Ubat-ubatan

Ubat akan cepat rosak jika terdedah suhu tinggi. Mengambil ubat-ubatan rosak semestinya boleh menjejaskan kesihatan. Jadi memang sah tidak elok apa saja ubat-ubatan disimpan dalam kereta tidak kira dalam jangka masa sekejap atau lama.

5. Tin aerosol

Tin aerosol seperti penyembur rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma ialah bahan mudah terbakar. Jadi, janganlah ditinggalkan dalam kereta kerana boleh membuatkan kandungan kimia dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.

6. Pemetik api

Ramai mungkin lupa yang pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas! Jadi cuba elakkan perkara ini.

7. Petrol

Bukan petrol dalam tangki minyak kereta ya, tapi petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan. Biasanya disimpan dalam but. Ini perbuatan yang sangat berbahaya kerana petrol ialah jenis bahan mudah terbakar.

8. Kaca mata

Macam tak percaya cermin mata pun boleh menyumbang kepada faktor berlaku kebakaran. Pernah tak anda perasan kaca mata yang ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan cuaca yang panas, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda akan mengalami perubahan bentuk selepas beberapa penggunaan.

Hal ini kerana suhu yang begitu panas akan melembutkan bingkai kaca mata yang diperbuat sama ada daripada plastik, nelon ataupun asetat. Kesannya nanti kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.

9. Minuman dalam tin

Minuman dalam tin yang sudah dibuka mahupun belum, jika terdedah kepada bahang panas yang terperap dalam kereta, boleh mendatangkan bahaya pada diri anda.

Kepanasan melampau akan mengubah rasa air dan tekstur air. Tin juga berpotensi untuk mengembang dan meletup disebabkan tekanan terlalu tinggi di dalam tin tersebut.





Live Website Traffic


loading...