EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kereta kena block, tindakan akak ni memang berani. Sekali owner turun

0 month ago, 13-Sep-2020

Kalau korang nak tahu, 54% dari isi rumah rakyat Malaysia memiliki lebih dari 1 kereta. Tak hairanlah kalau situasi double park ni berlaku setiap masa, terutamanya kat kawasan padat macam Bangsar Telawi, Damansara Uptown dan USJ Taipan. Perkara ni menyumbang kepada masalah double parking.

Haa, korang ingat lagi tak drama double park tahun 2018 yang melibatkan sebuah Toyota Hilux dengan Honda City? Owner Hilux tu punya bengang sampai dia hentam Honda tu 5 kali. Kalau korang pernahjadi mangsa double park, mesti korang akan cakap, Padan muka dia!. Tapi, tindakan Hilux tu salah sebenarnya dan boleh didenda sampai RM300 sebab buat kerosakan kat kenderaan lain.

Tular satu video di mana kereta akak bertudung ini di halang oleh sebuah kereta

Mungkin kerana bengang kereta di tarik hand break dan tidak di tinggalkan sebarang no telefon, akak ini tekad untuk peecahkan cermin dan menurunkan handbrek

Menyedari cermin tingkap di peecahkan, pemilik kereta terus turun. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka

Pergh akak tudung gangster
Keter dia kena blok tak boleh keluar Sekali.

Pergh akak tudung gangster…Keter dia kena blok tak boleh keluar… Sekali…

Posted by Rizal Hakimm on Sabtu, 12 September 2020

Berikut reaksi dari netizan

Al kisah sy.. kene blok dgn lori makanan
dh la lori.. nk kene tolak.. handbrek tarik.. hon punya hon, xde org trn. sekali de org info, uma owner lori tingkat 8. pulak nk pi naik lif rosak. Naik tangga la. pastu ketuk uma, buka je kene maki dulu dgn sy la.. ko dh la lori, ada hati blok kete org. ko ingat org de kudrat ke nk tolak. pastu pi tarik handbrek. setepek la kene

Pernah duduk flat dulu, banyak je kes mcm ni. Lg sakit hati bila yg double park tu park kat tempat lain, tapi tinggal kat blok lain. Org hon dah sah2 lah kau tak dgr. Phone no semua tak tinggal. Bodoh

Cara aq kalau blok keta orang..( sebab parking padat area hospital ) aq akan standby kertas, pen..tulis phone no besar besar letak atas dashboardmereka akan contact kita dengan baik.. kita salah blok keta orang wei..tapi kena panjang akal untuk tak mudaratkan situasi.. kalau org dah pecahkan cermin keta..sakit wei..hati sakit..poket sakit.. walhal silap dari kt sendiri.. jadi fikir sebelum blok keta orang..org dah penat hon agaknya..tpi tuan blok keta.. takde respon..memang mendapat lah.. tak semua orang boleh tolak ansur dlm hal ni.. mereka pun tak ada masa untuk sakit kepala

Sebelum mengamuk, baca dulu apa korang boleh buat kalau kereta kena double park.

Orang cakap call abam pulis. Betul ke?
Kalau ikutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kat Facebook diorang, kita boleh call polis bila berdepan dengan masalah double park macam yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akta ni memberi kuasa kat polis untuk clamp dan tunda kereta yang buat double park ni.

Tapinya

Bukan setakat brader Wong kita ni, ramai netizen cakap abam polis kita tak boleh diharap. Bila call, diorang suruh buat aduan kat majlis perbandaran lah, owner bangunan lah (kalau park dekat kawasan mall/ofis). Habis ditendangnya kita ke sana, ke sini. Siapa tak tension?

Dah tu, nak call siapa sebenarnya?

Lah salah call rupanya!

Sebenarnya, kalau ada masalah double park atau apa-apa isu berkaitan jalan raya, kita kena call balai polis trafik, bukannya balai polis biasa alah, yang pakai uniform polis warna putih tu.

: Mypt3

Bukannya tak boleh buat aduan kat balai polis biasa, cumanya diorang akan guna standard procedure lah untuk handle kes korang; kena pergi balai dan buat report. Last-last, diorang akan refer korang kat polis trafik jugak.

Jadinya, kalau nak kurangkan stress, terus je call balai polis trafik di talian 03-2071 9999. Kalau ada nombor telefon balai polis trafik yang berhampiran lagi bagus.

Selain polis trafik, ada banyak lagi pihak berkuasa lain yang korang boleh buat aduan macam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan majlis perbandaran tempat tinggal korang macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kat sini, admin sertakan sekali nombor tefelon pihak berkuasa yang berkaitan.

JPJ Wilayah Persekutuan: 03-41450800

DBKL: 1800-88-3255

MBPJ: 03-7954 2020

Bagi yang tertanya-tanya, waktu bila boleh call JPJ, DBKL atau MBPJ ni? Berdasarkan info yang admin dapat dari MBPJ, korang call pihak berkuasa mengikut kawasan tindakan kuasa masing-masing. Contohnya, korang kena double park kat kawasan PJ, korang call lah MBPJ.

Untuk polis trafik dengan JPJ, selalunya diorang akan revert korang balik ke majlis perbandaran jugak, melainkan diorang ada berhampiran waktu korang call tu. Kalau camni lah gamaknya, kami sarankan korang untuk call majlis perbandaran tempat korang dulu sebelum call polis trafik.

Okay, tapi kalau saya yang double-parked pastu cermin kereta dipecahkan atau kereta dilanggar, apa nak buat? Boleh claim insurans ke?

: Perak Today

Boleh je, bergantung pada siasatan polis. Sekiranya korang yang BERSALAH, korang kena buat claim di bawah tuntutan Own Damage Claim yang meliputi kerosakan disebabkan kemalangan. lagi satu, disebabkan korang bersalah dalam hal ni, No Claim Bonus korang akan terjejas.

Terus buat laporan polis dan call syarikat insurans kereta korang bila kejadian macam ni berlaku. Lepas tu hantar kereta korang ke bengkel panel syarikat insurans korang. Untuk buat tuntutan ni, ada beberapa dokumen yang korang kena sertakan macam:
Tuntuan (claim) rasmi daripada syarikat insurans

Salinan asal laporan polis

Salinan asal hasil penyiasatan polis

Salinan kad pengenalan

Salinan lesen

Kad pendaftaran kenderaan yang terkini

Resit bagi kos repair

Gambar kerosakan pada kenderaan waktu kemalangan tersebut berlaku (kalau ada)

Tapi, kalau siasatan polis menunjukkan korang TAK BERSALAH, pihak ketiga akan bertanggungjawab menanggung kerosakan tersebut menggunakan insurans dia sendiri. Jadinya, No Claim Bonus korang takkan efek punya.

Dan yang paling penting, jangan berlengah!

Jadilah orang double park yang beretika

Kalau dah takde cara lain, korang terpaksa jugak double park, make sure korang tinggalkan nombor phone BESAR-BESAR, supaya senang orang nak baca. Pastikan korang tukar gear kepada Neutral dan turunkan handbrake, takde lah menyusahkan orang nak alih kereta korang.

Admin perasan, kereta baru ada safety feature yang kasi susah untuk double park sebab korang tak boleh cabut kunci/tak boleh mati enjin/tak boleh lock kereta selagi tak letak gear dalam mod Parking dan tarik handbrake. Okay, jangan susah hati, ada caranya.

: Bayang Cerita

Mula-mula, tegakkan stereng supaya senang orang nak alihkan kereta korang.
Matikan enjin (kalau keyless)/cabut kunci
Tekan dan hold button Shift Lock sambil turunkan gear dari P ke N.
Lepas button Shift Lock tu dan turunkan handbrake.

Satu lagi, sebab pengguna jalan raya ni ada pelbagai ragam dan karenah, pastikan kenderaan korang dilindungi sepanjang masa, terutamanya waktu korang takde macam pasang motion sensor dashcam. Selain tu, dapatkan jugak insurans kenderaan yang sesuai dengan gaya hidup korang. Klik sini untuk tahu dengan lebih lanjut pasal insurans kereta.

Kereta kena , tindakan akak ni memang berani. Sekali owner turun Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...