EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kerap Selfie Duck Face Atau Muncung Itik Tanda Masalah Mental Kajian

0 month ago, 11-Jan-2020


Di laman sosial sahaja kerap kita melihat gambar-gambar anak gadis yang suka berselfie, pasti bermacam-macam gaya dan mimik muka. Paling top sekarang ialah duck face atau muncung itik.

Kedengarannya seperti lucu, tetapi itulah trend anak muda sekarang. Asal saja bergambar pasti membuat mimik muka duck face. Ada yang berpendapat bahawa selfie duck face ni bukan sahaja lucu, tetapi tidak sesuai untuk anak-anak gadis.

Mungkin bagi mereka ianya hanyalah untuk suka-suka, tetapi tahukah anda bahawa satu kajian mengataka selfie duck face merupakan tanda masalah mental?

Ekspresi ini selalunya dilakukan oleh wanita dengan tujuan kononnya untuk kelihatan lebih comel. Tetapi betul ke comel? atau lebih kepada nampak lucu?


Kajian oleh Dr. Pamela Rutledge, Director Media Research Center mendedahkan, selfie duck face dibuat untuk mendapatkan perhatian orang lain. Hal ini menandakan anda adalah seorang yang kesepian dan memerlukan perhatian. 

Ada yang mengatakan fakta ini mengarut dan ianya tidak ada kene mengena dengan masalah mental, tetapi anda lebih tahu adakah ianya benar atau tidak.

Orang yang bahagia dengan kehidupannya, jarang sekali ingin memuat naik gambar, apalagi membuat mimik muka muncung itik. Bagi mereka yang lebih matang, dengan membuat mimik muka sebegitu nampak seperti kebudak-budakan dan nampak tidak matang.

Malah ia menunjukkan anda tidak yakin dengan diri sendiri, merasakan dengan melakukan duck face dapat membuatkan anda lebih comel dan cantik. Seharusnya anda lebih percaya diri dan tidak membuat mimik muka untuk menampakkan diri anda lebih menarik.

Mungkin pada anda ianya akan membuat anda lebih menarik, tapi realitinya? Mungkin tidak seperti anda sangkakan.

Tapi kalau si kecik yang buat duckface, mungkin boleh diterima akal. Sangat comel bukan?

: Hanasuva.com via Aliff Channel

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...