EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kerap guna filter, tak yakin bentuk badan sendiri petanda masalah mental BDD

0 month ago, 08-Jun-2021

TIDAK dinafikan sesetengah individu selalu berasakan dirinya tak sempurna terutamanya dari aspek fizikal.

Namun, tahukah korang jika terlalu risau akan penampilan fizikal secara berlebihan, ia boleh mengundang masalah kesihatan mental digelar Body Dysmorphic Disorder (BDD).

BDD adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempercayai bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.

Apa punca BDD?

Faktor utamanya masih belum dikenalpasti. Diketahui bahawa ia melibatkan pelbagai faktor antaranya biologi, psikologi dan sosial.

Terdapat juga kajian menunjukkan teknologi aplikasi manipulasi foto untuk merubah wajah menyumbang kepada berlakunya BDD.

Contohnya, filter foto memuluskan kulit, menguruskan muka, memancungkan hidung, membesarkan mata, mencerahkan kulit dan sebagainya.

Ia boleh menyebabkan seseorang merasakan dirinya tidak sempurna dan impikan kesempurnaan seperti dalam foto manipulasi itu.

Apa gejala BDD?

Seseorang berkemungkinan menghidap BDD jika memiliki gejala-gejala seperti berikut:

1. Menghabiskan banyak masa untuk melihat wajah dan tubuh di cermin serta menyunting gambar dirinya.

2. Merasakan ada bahagian tubuh dianggap cacat dan sentiasa cuba menutupi bahagian tubuh tersebut.

3. Kerap bertanya orang lain tentang bahagian tubuhnya yang dianggap cacat itu untuk pastikan ia okey atau tak.

Apakah kesan BDD?

  • Ia mengganggu keyakinan diri, dan menjejaskan aktiviti pergaulan sosial.
  • Menjejas konsentrasi pembelajaran dan pekerjaan serta mengganggu produktiviti.
  • Cenderung mencuba produk dan prosedur kecantikan yang berbahaya.
  • Cenderung mengamalkan pemakanan yang ekstrim dan tidak sihat.
  • Cenderung jalani pembedahan kosmetik berulang kali tanpa ada keperluan.
  • Menyumbang kepada berlakunya kemurungan, keresahan dan tingkah laku bunuh diri.

Apakah rawatan BDD?

BDD boleh dirawat dengan terapi (cognitive behavioral therapy) atau / dan ubat psikotropik.

Mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan atau perkhidmatan psikiatri yang berhampiran.

4 teknik jadikan gambar OOTD 'on point'
: 123RF

Baca jugaMasalah gemuk, potensi kanser akibat kerap berjaga malam. Elak tidur siang hari

Pencegahan BDD;

1. Terima bentuk tubuh seadanya;

2. Kurangkan sunting foto diri.

3. Amalkan gaya hidup sihat.

4. Elakkan body shaming

Semoga bermanfaat!

: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan





Live Website Traffic


loading...