EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dek Kerana Mulut Eira, Bakal Disaman dan L0kap, Kali Ini Kontrak pula mungkin akan Dibatalkan

0 month ago, 15-Sep-2020

MALAYSIA: Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan

Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi.

Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming) serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat live di FB.

Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat Live di Facebook Eira Azira.

Insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek, katanya.

Eira turut mengakui ketika insiden tersebut berlaku, dia g4gal mengawal em0si sehingga gaagal menjaga tutur kata dan menyebabkan ramai pihak tersinggung.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gaagal mengawal em0si dan am4rah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk, katanya.

Tambahnya lagi, insiden tersebut meninggalkan kesan terhadap kehidupan peribadi memberi impak kepada seluruh ahli keluarga, terutama suami dan anak-anak serta agen produknya.

Kesal dengan keterlanjuran diri, Eira memohon diberi ruang untuk memperbaiki diri dan tutur katanya pada masa akan datang.

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, sahabat-sahabat, terutamanya suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta agen-agen Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang.

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini.

Eira berharap agar pemilik Restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting Live di Facebook terlibat, katanya.

Di tamatkan kontrak jadi duta produk?

 

Mengikut status terbaru dari jenama produk Klubna Lelah yang sedang di promosi oleh seorang influencer, pihak mereka telah menamatkan kontrak selaku duta produk dengan serta merta

Checkmate untuk influencer terkenal

Puan Suharnizan sudah serahkan kes kepada peguam

Menurut perkongsian dari peguam Nor Zabetha, tindakan samann bakal di ambil terhadap Eira kerana pengh1naan melampau

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya. Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata mak1ian ini sejak bulan lepas lagi. Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam. Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team. Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. akhiri Nor Zabetha

Eira Azira baru-baru ini menjadi tular selepas meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemilik restoran 35 dan mendakwa dihalau ketika sedang melakukan reviu produk serta kedai makan popular berkenaan secara live, di FB.

Tidak berakhir di situ, Eira sekali lagi menjadi kecaman warganet selepas video lamanya dikongsi semula oleh warganet di media sosial.

Menerusi video tersebut Eira dilihat mengeluarkan kata-kata kesat seperti anak haram, babi dan bangsat kepada Suharnizan yang menegur mengenai produk pelangsingan badan yang sedang dipromosikan secara langsung di FB.

Mysumber

Dek Kerana Mulut Eira, Bakal Disaman dan L0kap, Kali Ini Kontrak pula mungkin akan Dibatalkan Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...