EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kerana haramkan judi, DAP heret Kedah ke mahkamah

0 month ago, 22-Nov-2021





ALOR SETAR, 21 November 2021 Democratic Action Party (DAP) melalui penama Liew Han Eng dan tiga lagi penama telah bertindak mencabar tindakan oleh Negeri Kedah yang enggan memperbaharui lesen perjudian melalui tindakan Mahkamah.

Ramkarpal Singh, ahli DAP yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang, telah membantu dalam memfailkan kes tersebut. DAP menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai tidak munasabah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Plaintif akan mencabar atas alasan, antaranya, bahawa keputusan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perjudian adalah sesuatu yang melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan kerana kuasa untuk mengeluarkan lesen adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Parlimen, ujar beliau.

Selain daripada itu, pihak Plaintif juga akan mencabar kemunasabahan tindakan Menteri Besar Kedah tersebut melalui proses semakan kehakiman yang bakal dijalankan.

Dalam sebuah sidang media baru-baru ini Sanusi menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin mencabar keputusan beliau di mahkamah.

Jika beliau (peguam) merasakan itu satu keperluan untuk beliau berbuat begitu (membawa tindakan mahkamah) saya persilakanlah, ujar beliau dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh wartawan berkenaan keabsahan tindakan beliau tersebut.

Sanusi, pada 17 hari bulan lalu menyifatkan tindakan beliau untuk menghapuskan kegiatan judi di Kedah sebagai sebuah tindakan untuk memelihara keharmonian sejagat.




............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...