EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kerajaan tidak terburu-buru buka sempadan negara Muhyiddin

0 month ago, 15-Sep-2020

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan terburu-buru membuka sempadan negara.

Beliau berkata sebaliknya kawalan sempadan akan terus diperketattermasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izinbagimengekang wabak COVID-19.

Perdana Menteri berkata walaupun kawalan sempadan negara yang ketat menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepadarakyat yang mempunyai urusan di luar negara, tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi rakyat dan negara daripada wabakberbahaya itu.

Kita perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia, katanya dalam perutusan khassituasi semasaCOVID-19 yang disiarkan distesen televisyen tempatan, malam ini.

Sempadan negara masih ditutup kecuali untuk tujuan perniagaan termasuk pelaburan dan pendidikan dengan syarat-syarat pematuhanprosedur operasi standard (SOP)tertentu yang ketat.

Perdana Menteriberkatasebanyak1,017 pelawat dari luar negaradikesan positif COVID-19 sepanjang tempoh 3 April sehingga 15 Sept.

Beliau berkata situasi COVID-19 di negara luar pula menunjukkanterdapat beberapa negara yang kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularanpandemik itu.

Tegasnya, perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika rakyatleka dan memandang remeh penularanvirus berbahaya itudi peringkat global.

Muhyiddin berkata selain tindakanyang diambil kerajaan, amalan norma baharu kehidupan oleh rakyat merupakan faktor amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak tersebut.

Saya berharap kita semua akan terus cekal, tabah dan berdisiplin dalam menghadapi penularan wabak COVID-19. Ingatkan diri kita supaya terus membudayakan amalan norma-norma baharu kehidupan, katanya.

: Bernama


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...