www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Gesa Kerajaan Tangani Isu Racun Tidak Berdaftar

0 month ago, 06-Dec-2018


Negara kita dikejutkan dengan tumpuan yang tidak terkawal dalam penggunaan racun makhluk perosak oleh golongan petani. Masalah ini melibatkan negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran seperti Perak,Kedah, Perlis dan Kelantan.

2. Saya menegaskan agar pihak menteri yang terlibat perlu segera membendung dan menyelesaikan isu ini dalam pelbagai aspek selain daripada mengetatkan penguatkuasaan melalui Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

3. Saya berharap pihak yang berkolaborasi dalam penjualan racun perosak tidak berdaftar yang berleluasa ini terutamanya sindiket haruslah dikenakan tindakan yang setimpal.

4. Hal ini kerana penggunaan racun makhluk perosak mempunyai kesan yang besar jika tidak dikawal dalam sektor pertanian apatah lagi jika golongan petani sewenang-wenangnya menggunakan racun yang tidak berdaftar.

5. Kesihatan manusia dan alam sekitar turut terancam yang menjerumus kepada kegugatan keselamatan makanan negara.

6. Selain Kerajaan menyarankan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan racun makhluk di laman rasmi Jabatan Pertanian. Saya mengalakkan agar golongan petani juga diberikan maklumat secara meluas melalui kempen,aktiviti, seminar,iklan dan sebagainya yang memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat dan garis panduan dengan tepat dan sahih.

7. Kerajaan juga sewajarnya tidak bergantung 100 peratus penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor pertanian, penggunaan kaedah mesra alam dan kawalan secara biologi pula perlu diteruskan dan diperluaskan.

Islam Memimpin

YB Tuan Che Alias Bin Hamid
Parlimen Kemaman (P040)
5 Disember 2018



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts