EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kerajaan setuju laksana lanjutan moratorium, bantuan bank bersasar kepada golongan terpilih yang memerlukan

0 month ago, 30-Jul-2020

Sejak 1 April, moratorium pembayaran telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan golongan peniaga ekoran hampir semua sektor ekonomi terhenti ekoran memerangi wabak COVID-19.

Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang lebih memerlukan.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan berita baik tersebut dalam satu sidang media pada 29 Julai.

SIARAN LANGSUNG:PENGUMUMAN LANJUTAN MORATORIUM DAN BATUAN BANK BERSASAR https://t.co/EpuJJeMFwv

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) July 29, 2020

@MKNJPM/Twitter

Tan Sri Muhyiddin menjelaskan bantuan tersebut akan memberi fokus kepada golongan yang lebih memerlukan seperti invididu yang kehilangan pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu dan mereka akan diberi lanjutan bersasar selama tiga bulan.

Malah tempoh moratorium tersebut boleh dilanjutkan oleh pihak bank terbabit bergantung kepada situasi individu yang terjejas.

Selain itu, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas atau berkurang akibat COVID-19, bayaran ansuran akan dikurangkan selaras dengan pengurangan gaji bergantung pada jenis pinjaman bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

PENGUMUMAN LANJUTAN MORATORIUM& BANTUAN BANK BERSASAR pic.twitter.com/BuXWZEbEPb

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) July 29, 2020

@MKNJPM/Twitter

Sebagai contoh, bagi pinjaman perumahan atau peribadi, bayaran pinjaman akan dikurangkan dengan kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

Tan Sri Muhyiddin juga menjelaskan bahawa bank-bank akan terus memberikan komitmen untuk membantu individu yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Diharap dengan pengumuman ini, masyarakat mampu menarik nafas lega sementara pihak kerajaan dan industri berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

Kerajaan setuju laksana lanjutan moratorium, bantuan bank bersasar kepada golongan terpilih yang memerlukan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...