EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PKP 2.0: Kerajaan Serius Menangani Covid-19

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Hentikan Pertelingkahan Politik Demi Rakyat

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana mengambil tindakan tegas demi nyawa dan keselamatan anggota perubatan negara (barisan hadapan) serta mengawal sistem kesihatan negara yang sedang meruncing dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi 6 negeri yang berisiko tinggi, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas 6 buah negeri dan PKP Pemulihan (PKP-P) bagi negeri Perlis dan Sarawak bermula daripada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

2. Saya juga ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di atas usaha mendapatkan vaksin Pfizer (fasa pertama) kepada rakyat Malaysia dan kami mengharapkan agar Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh KKM dapat memastikan usaha-usaha pengagihan vaksin tersebut kepada 20-30 juta rakyat Malaysia dapat dilakukan dengan secepat mungkin dan berkesan.

3. Saya menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik agar melakukan gencatan serangan politik di antara satu sama lain dan menumpukan segala usaha yang ada untuk membantu rakyat yang terkesan dengan bencana banjir dan menyelamatkan rakyat daripada wabak COVID-19.

4. Saya mengecam keras langkah politik yang dilakukan oleh mana-mana Ahli Parlimen terutama Ahli Parlimen Kerajaan yang boleh mencetuskan spekulasi terhadap keutuhan Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini terutama kita sedang berhadapan dengan bencana banjir besar dan wabak COVID-19 ini.

5. Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama kita berganding bahu ke arah membendung penularan wabak COVID-19 dan berkerjasama ke arah Malaysia yang lebih baik. InsyaAllah.

Sekian

Terima kasih

YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia





Live Website Traffic


loading...