EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kerajaan perlu serius warta lebih awal tarikh PRU

0 month ago, 25-Nov-2021



Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: Cadangan untuk mewartakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh pilihan raya sudah lama diamalkan di negara-negara maju.

Prof Madya Dr Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, dengan pewartaan itu membolehkan semua parti politik membuat persediaan lebih awal.

Katanya untuk manjadikan pilihan raya yang lebih adil, perkara itu memang perlu dilakukan dan sesuai dengan keadaan normal baharu sekarang.

Perkara ini akan memberi peluang kepada semua parti politik untuk bersedia menghadapi pilihan raya.

Tetapi sejauh mana perkara ini boleh dilakukan bergantung kepada kerajaan yang ada sekarang. Lagi pun perkara itu sudah lama diamalkan di negara-negara maju, katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 Ahli Parlimen Tumpat Dato Che Abdullah Mat Nawi mencadangkan kerajaan mewartakan tarikh PRU enam bulan lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersedia.

Menurutnya parti politik perlu membuat persediaan berikutan cabaran pandemik Covid-19 sekarang.

Dr Rusdi juga berkata, cadangan Ahli Parlimen Tumpat itu wajar diambil perhatian serius kerajaan bagi membolehkan setiap parti politik membuat persediaan menghadapi PRU.

Ia juga akan memberi persaingan yang sihat kepada semua parti politik yang bertanding, di samping menjadikan keadaan lebih harmoni dengan tidak saling menjatuhkan antara satu sama lain, katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ujarnya setiap parti politik perlu bermuhasabah dengan menilai kembali kekuatan parti masing-masing.

Semua parti politik perlu muhasabah diri, Perikatan Nasional (PN) perlu melihat kekuatan sendiri untuk bertanding melawan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Di samping, itu mereka juga perlu mendengar pandangan akar umbi, jangan hanya mengikut keputusan kepimpinan atasan sahaja, ujarnya.

Menurutnya juga BN pun tidak boleh terlalu selesa keputusan PRN tersebut kerana tidak menjamin akan memberi kesan positif pada PRU15 memandangkan peratus keluar mengundi PRN tersebut rendah.

Kata beliau hanya 61 hingga 63 peratus sahaja rakyat yang keluar mengundi, bermakna rakyat selebihnya tidak keluar mengundi.

Jadi, faktor ini perlu diambil kira BN untuk bermuhasabah dan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di PRN Melaka, katanya.

Dr Rusdi juga berharap kepimpinan parti politik Melayu untuk menilai kembali sama ada untuk terus bergerak secara solo atau bersatu dalam satu wadah bagi menghadapi PRU15.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/23/kerajaan-perlu-serius-warta-lebih-awal-tarikh-pru/


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.




SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...