EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kerajaan Negeri Perak salur bantuan khas RM9 juta bantu peniaga kecil terjejas

0 month ago, 19-Nov-2020

Kerajaan Negeri Perak meluluskan bantuan khas kali kedua dengan nilai peruntukanlebih RM9 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (pre fasa keempat).

Memetik kenyataan akhbar, Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu, peruntukan ini berikutan tindakan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kekangan yang dihadapi oleh para peniaga dan penjaja kecil susulan pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perak.

“Ia bertujuan meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta para usahawan mikro di negeri Perak.

“Di antara inisiatif yang dibawah PRE Fasa 4 ini adalah pengecualian sewaan gerai makan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan iaitu untuk bulan November.

“Peruntukan sebanyak RM1.63 juta ini dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 10,335 peniaga dan penjaja kecil di kesemua 15 PBT seluruh negeri Perak, ujar beliau.

Beliau berkata bagi meringankan beban para peniaga dan penjaja kecil, pentadbiran kerajaan negeri turut bersetuju meluluskan peruntukan RM4.65 juta bagi menyalurkan bantuan one-off RM500 kepada 9,316 peniaga dan penjaja kecil.

Terdahulu kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan tunai RM500 kepada peniaga kecil terjejas di bawah pre-fasa kedua.

“Bagi membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, kerajaan negeri turut bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).

Sebelum ini, di bawah pre-fasa kedua, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta dalam usaha membantu para usahawan mikro agar terus kekal berdaya saing, tambah beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Kerajaan Negeri Perak salur bantuan khas RM9 juta bantu peniaga kecil terjejas The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...