EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

10 Exco Kerajaan Negeri Kedah dilantik, tampilkan 4 muka baharu

0 month ago, 20-May-2020

Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah yang baharu diperkenalkan selepas majlis mengangkat sumpah jawatan dengan portfolio masing-masing di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berlangsung di pejabat baginda di Wisma Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan beliau akan memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Asli, Majlis Ekonomi Kedah, Kewangan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)..


Berikut ialah senarai Exco baharu beserta portfolio mereka:

1. Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains Teknologi Inovasi dan Pengajian Tinggi

2. Datuk Dr Mohd Hayati Othman: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan

3. Azman Nasrudin: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India

4. Datuk Suraya Yaacob: Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Air dan Kerja Raya, Tenaga, Pengairan dan Saliran

5. Halimaton Shaadiah Saad: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan

6. Datuk Siti Aishah Ghazali: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Rakyat, Pembasmian Kemiskinan.

7.Brig Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan

8. Wan Romani Wan Salim: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna.

9. Dr Robert Ling Kui Ee: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Masyarakat Cina dan Siam

10. Mohd Firdaus Ahmad: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tambah beliau, pentadbiran Exco kali ini adalah gabungan pimpinan yang berpengalaman dalam mentadbir negeri di mana enam daripadanya pernah memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.


Jelas Muhammad Sanusi, komposisi membabitkan pecahan parti-parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk barisan Exco telah ditetapkan oleh pimpinan di Peringkat Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media memperkenalkan barisan Exco PN Kedah, di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman pada Rabu.

PN membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas mendapat sokongan 23 Adun minggu lalu disusuli majlis angkat sumpah Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar ke-14 pada Ahad.

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...