EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kerajaan menghormati hak beliau untuk merayu PM percaya penuh sistem kehakiman

0 month ago, 28-Jul-2020

Susulan daripada isu bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, berhubung kes tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai maklum balas, berkaitan keputusan mahkamah yang telah disabitkan terhadap Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Dalam kenyataannya, beliau berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang.

Kenyataan Media Perdana Menteri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi

Posted by Muhyiddin Yassin onTuesday, July 28, 2020

Tambahnya lagi, Kerajaan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Kerajaan menghormati hak beliau untuk merayu atas hukuman dijatuhkan mahkamah. Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan dibuat mahkamah

Dalam kenyataannya lagi, beliau berharap agar kita dapat memberi ruang kepada proses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan

: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...